CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bengang Isteri Malas Nak Layan Di Ranjang, Lelaki Rogol Anak Tiri Sampai Hamil

20-2-2023 09:09 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1432| Komen: 12

Seorang lelaki sanggup 'meratah' anak tirinya kerana mendakwa isterinya enggan melayani nafsu batinnya.

Tertuduh yang dikenali sebagai Roy Irawan dari Sumatera Selatan, Indonesia , 40, mengaku melakukan perbuatan terkutuk itu sebanyak tiga kali pada Julai, September dan Disember tahun lalu.


Akibat perbuatannya itu, mangsa yang berusia 17 tahun, hamil enam bulan.


Foto: indozone.id

Menerusi video tular yang dimuat naik di Instagram Indozone.id, Roy mendakwa dia melakukan perbuatan terkutuk itu kerana isterinya enggan memberi nafkah batin sejak 2021.

Disebabkan itu, Roy melampiaskan nafsu terhadap anak tirinya malah dia juga mengancam akan membunuhnya jika mangsa enggan menuruti kehendaknya.

Perbuatan terkutuk itu dilakukan di rumah ketika isterinya keluar.

Perkara itu terbongkar selepas mangsa mengadu sakit perut dan mengalami mual-mual sebelum dibawa ke klinik berhampiran untuk menjalani pemeriksaan, dan akhirnya disahkan hamil enam bulan.


Mangsa kemudian mengaku dia telah diperkosa oleh bapa tirinya.

Susulan pengakuan gadis malang itu, isteri Roy terus membuat laporan polis dan lelaki itu ditahan untuk siasatan lanjut.

Roy akan didakwa di mahkamah mengikut akta perlindungan kanak-kanak yang memperuntukkan hukuman penjara selama 15 tahun jika sabit kesalahan. - CARI

Sumber: mStar/Indozone.id

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote vanillaninja 20-2-2023 09:32 AM
Macam mana muka macam ni baru 40 tahun?
Quote ahlisihircute 20-2-2023 09:39 AM
Muka cam nie nama Roy....
Quote SWORKS27 20-2-2023 09:43 AM
dasar jantan platypus caprut....yindon konten hantu
Quote Radzor 20-2-2023 10:00 AM
pandai makan pandai la simpan.. yg bg pregnant watpe
Quote Atata 20-2-2023 10:05 AM
Radzor replied at 20-2-2023 10:00 AM
pandai makan pandai la simpan.. yg bg pregnant watpe

Pandai makan pandai la simpan? U kenot lebih jijik dari ni ke? Itu anak tiri dia b*dOwwww. Goshh. So kalau tak pregant, dia boleh terus buat macam tu ke. Komen macam orang xda agama
Quote Suchi 20-2-2023 10:29 AM
Umur 40 kira lahir awal 80an aka tahun 83 tp napa nampak mcm tua sangat.
Quote Burong_Hantuk 20-2-2023 10:34 AM
rupa dah mcm tengkorak ...
Quote _blackbird 20-2-2023 10:34 AM
lagi berita dari negara konoha
Quote matseh 20-2-2023 11:03 AM
Knp wife  dia dia x bagi?
Quote rosedemon 21-2-2023 08:25 AM
ko cari la pelacur ke apa ke ala bodohnya
Quote 3chanceno 21-2-2023 08:30 AM
Muka dah ropa 60 tahun  kesian budak tu jadi mangsa  awat unur dah 17 tapi tak tahu hamil?
Quote Kitty_catz 21-2-2023 08:51 AM
hmm citer seberang

bangsa friska

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 07:21 AM GMT+8 , Processed in 0.035009 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top