Pelanggan ditakutkan dengan kehadiran lelaki menceroboh masuk ke sebuah kedai serbaneka di Ratchaburi, Thailand, kelmarin, dalam keadaan berbogel. Thaiger melaporkan, dalam kejadian kelmarin, lelaki berkenaan turut memusnahkan objek dan membuat bunyi aneh serta menggumam perkataan kedengaran seperti dalam bahasa Arab.
Kosmo! Online melaporkan, kejadian bermula apabila lelaki itu mula memecahkan kaca pintu kedai tersebut sekitar pukul 11 malam (waktu tempatan). Selepas diusir keluar oleh beberapa kakitangan kedai, dia kembali beberapa minit kemudian. Dia memasuki semula premis tersebut dan melempar pelbagai jenis barangan di atas rak ke lantai, sekali gus mencetuskan kekecohan di dalam kedai. Kakitangan premis kemudian menghubungi polis untuk menangani situasi menakutkan itu.
Balai Polis Muang Ratchaburi mengesahkan menerima laporan mengenai seorang lelaki yang kelihatan seperti berada di bawah pengaruh dadah dan memecah masuk sebuah kedai serbaneka di Mukim Don Tako, daerah Mueang mengerah anggota ke lokasi sebelum menemui lelaki berbogel yang telah memasuki kedai bunga di seberang jalan. Dia mula memusnahkan barang-barang di dalam kedai tersebut dan cuba melarikan diri apabila menyedari kehadiran polis, namun, anggota berkenaan berjaya menangkapnya. Difahamkan, ujian dadah yang dijalankan terhadap lelaki tersebut masih belum dikeluarkan. – CARI
|
pooh~key replied at 19-2-2023 07:11 PM
Akak nak tengok, sis! Auuuummmmmmm sis!
sharlenetexas replied at 19-2-2023 07:40 PM
Tgk body polis tu, berpakaian tetap nmpk aummm.
sharlenetexas replied at 19-2-2023 07:40 PM
Tgk body polis tu, berpakaian tetap nmpk aummm.
pooh~key replied at 19-2-2023 07:11 PM
Akak nak tengok, sis! Auuuummmmmmm sis!
ChildrenOfBodom replied at 19-2-2023 11:26 PM
first time dengar istilah menggumam
wirazam replied at 20-2-2023 11:21 AM
Gumam tu apa...
Ckp merapu???
wirazam replied at 20-2-2023 11:21 AM
Gumam tu apa...
Ckp merapu???
Tinot7 replied at 20-2-2023 11:02 AM
Tak payah la tgk.. tatut kaka kuciwa nnt..
pooh~key replied at 20-2-2023 12:37 PM
Akak ready untuk letak low expectation gitu sis.
ADVERTISEMENT