CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Siasat Penemuan 13 Al-Quran Dalam Longkang

19-2-2023 07:01 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 806| Komen: 7

Kertas siasatan dibuka berhubung penemuan 13 naskhah al-Quran dibuang dalam longkang di Tasik Sri Murni Jinjang susulan aduan diterima pihak polis daripada wanita tempatan berusia 52 tahun berhubung penemuan tersebut kira-kira 11.32 pagi tadi.


Dalam kejadian 6.30 petang semalam, pengadu mendakwa ternampak sebuah beg berwarna biru di dalam longkang berdekatan dengan kolam takungan tasikketika beriadah bersama suaminya, lapor Utusan.

Hasil pemerhatian pengadu mendapati senaskah al-Quran dalam keadaan terbuka dan terkeluar dari beg tersebut. 


Gambar hiasan

“Kemudian, pengadu telah meminta bantuan dari seorang lelaki yang tidak dikenali berada berhampiran dengannya untuk membawa naik beg itu. 

“Kesemua naskah Al-Quran itu telah dibawa keluar dan dihantar ke Masjid Annas Kampung Selayang Lama untuk di simpan.

“Susulan itu, pihak polis membuat semakan di TikTok berkaitan aduan dilaporkan dan siasatan awal mendapati sebanyak 13 naskah al-Quran yang telah dijumpai di dalam longkang sengaja dibuang di situ oleh orang yang tidak bertanggungjawab,” kata Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai dalam kenyataan hari ini. 


Difahamkan, kesemua naskah kitab suci itu diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana membinasakan apa-apa benda dipegang suci Al-Quran dengan tujuan untuk mengaibkan agama dan Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana mendatangkan mudarat keharmonian ke atas agama. 

“Pihak Polis Kuala Lumpur menasihati semua orang awam supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mendatangkan kebimbangan serta menjejaskan ketenteraman awam terutama kepada masyarakat," katanya. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mojarean_X 19-2-2023 09:13 PM
Astaghfirullah...sape tu yg buang?
Quote pooh~key 19-2-2023 09:19 PM
Akak syak orang yang buang tu sekarang dah jadi batu kan sis? Sebab al quran terpelihara dan tinggi mukjizatnya bukan sis?

Kalau dia jadi batu akak janji akak masuk islam balik sis.
Quote Rogue98 19-2-2023 09:41 PM
Mungkin org bukan Islam tersilap ambik/curi bungkusan/bag yg berisi AlQuran tu. So dia campak jer dlm longkang.
Quote Orix 19-2-2023 09:53 PM
pooh~key replied at 19-2-2023 09:19 PM
Akak syak orang yang buang tu sekarang dah jadi batu kan sis? Sebab al quran terpelihara dan tinggi  ...

skrg akak agama apa kak ke langsung tidak beragama dah ? hahaha
Quote pooh~key 19-2-2023 09:56 PM
Orix replied at 19-2-2023 09:53 PM
skrg akak agama apa kak ke langsung tidak beragama dah ? hahaha

Sekarang akak etis sis. Etis and proud gaytuh sis.
Quote FlexyFox 20-2-2023 04:44 AM
ya Allah. Eh, u all, apa nama tempat yg kita boleh hantar quran lama utk dihapuskan. I lupa la. Biasa terbaca dulu. atau, kita boleh ja hantar ke mana2 pejabat agama? Siapa tahu?
Quote FlexyFox 20-2-2023 04:55 AM
pooh~key replied at 19-2-2023 09:19 PM
Akak syak orang yang buang tu sekarang dah jadi batu kan sis? Sebab al quran terpelihara dan tinggi  ...

Jgnlah kata begitu akak Pooh. Sedih sangat kami2 yg Islam ni. Sebenarnya Allah jamin Quran ni terpelihara dari segi ayat2nya yg kekal sebagaimana sewaktu ianya diturunkan. Ramai org2 Islam sedari dulu adalah Hafazan. Naskah Quran tu buatan manusia, boleh ja siapapun nak musnahkan, nak sepak terajang ka, nak hina ka. Hukumannya tak semestinya di dunia ini tapi di akhirat nanti, tetap ada balasannya. Begitulah kepercayaan dan keyakinan kami yg Islam ni. Peace...

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 01:29 PM GMT+8 , Processed in 0.229919 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top