CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Calon SPM Gelabah Dengan Kamal, ‘Strawberry’ Dan ‘Pineapple’

17-2-2023 07:03 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3914| Komen: 27


Tidak semena-mena perkataan Kamal, ‘strawberry’ dan ‘pineapple’ tular di Twitter sejak semalam ekoran menjadi topik Ujian Mendengar Bahasa Inggeris Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022, semalam.


Kosmo! Online melaporkan, rata-rata calon berkongsi pengalaman mereka keliru berikutan audio didengari dikatakan terlalu laju.


Gambar hiasan

Disebabkan keliru kerana audio kurang jelas, terdapat pelajar menjawab nama buahan-buahan lain seperti ‘apple’ dan ‘banana’.

Sementara itu, tinjauan di media sosial mendapati rata-rata pelajar membandingkan dengan ujian mendengar bahasa Melayu yang dikatakan lebih mudah.

“Baru hendak gembira menjawab ujian mendengar bahasa Melayu kerana mudah, tetapi ujian mendengar ujian bahasa Inggeris terus menangis,” ciap Najwa.

“Ujian mendengar bahasa Inggeris laju betul, macam kereta api. Kesian budak (calon) terpinga-pinga hendak jawab. Audio bahasa Melayu okey, satu-satu (sebutir-sebutir) dia cakap,” luah Husna.


“Semalam tidak dengar apa-apa dengan dewan bergema. Lain sungguh dengan ujian mendengar bahasa Melayu sebab boleh dengar kerana lambat,” ciap pelajar yang lain pula.

Difahamkan, peperiksaan bertulis SPM 2022 akan bermula 20 Februari hingga 15 Mac depan.

Manakala ujian bertutur bahasa Melayu telah diadakan pada 7 Februari dan 9 Februari lalu sebelum ujian bertutur bahasa Inggeris pada 13 Februari hingga 15 Februari lalu. – CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zazama 17-2-2023 09:25 PM
Semoga anak2 yg menduduki spm dapat menjawab kertas exam dengan baik dan beroleh keputusan cemerlang. Amin..
Quote sambaldurian 17-2-2023 10:34 PM
Spm ada ujian listening eh, zmn aku muet je rasanya.
Quote kakikuDibibirmu 17-2-2023 10:40 PM
Listen! Listen! When I Speak, Listen!

[youtube]xL25dpv_cg0[/youtube]

http://youtu.be/xL25dpv_cg0
Quote Adrif 17-2-2023 11:05 PM
zaman aku dulu. diorang buh speaker kecik tu, yang boleh tarik macam beg baju tu

dalam dewan tertutup. memang bergema teruk. sapa yang nombor giliran belakang, memang nangis sebab tak dengar apa langsung. aku pass pun sebab rezeki, dapat seat hampir line tengah. so dengar la hujung gema tu.

kadang2 aku pelik buat listening exam, tapi masalah teknikal yang membuatkan pelajar gagal peperiksaan. bukannya skill pelajar tu sendiri, tapi masalah luaran yang buatkan pelajar gagal. agak tak professional?

dah tau nak buat listening exam tu, prepare la audio betul2.
check technical issues. sound check. time pengetua berucap, time vvip datang berucap, elok je semua takde gema bagai. semua speaker on, linked, full blast. time exam, sebijik speaker bodo je pasang. jilake bukan?

tu dia. ya ampun, aku membebel terkenang peristiwa silam
Quote miszclassique 18-2-2023 12:40 AM
Agaknya macam exam MUET kot
Dengan accent nya lagi, memang i pun terberangan weh pastu time repeat audio tu ingat nak focus hujung2 terberangan lagi sbb audio sangat tak jelas kat dewan tu
Quote hmmlantakko 18-2-2023 01:02 AM
mmg cilaka nakharom nk buat listening test tp audio menyusahkan budak. marah sbb pernah alaminya.
Quote adeqbun 18-2-2023 01:11 AM
Yg ai pelik listening test ni dh kenapa nak ckp mcm ribut sgt..pastu brit accent nye tebal bebenor udah mcm tgk cite brave ...letih duk kembangkan telinga luas2 tp xjelas gak kekdahnya..ni pengalaman acik time muet long long long time ago..
Quote cap_ayam 18-2-2023 06:32 AM
Tiap2 tahun masalah sama.. apa orang kementerian buat buat donno lettew
Quote toxicated 18-2-2023 07:38 AM
Masa aku muet aku dpt meja betul2 bwh speaker. Pecah2 dan bergema apa benda yg disebut pun x tau . Result aku elok tp part listening rendah skit mmg aku dendam ngn urusetia yg setup tu. Dr zaman dulu smpai skrg facility tak berubah2 hazab ye.
Quote Tinot7 18-2-2023 07:42 AM
Selamat menjawab soklan peperiksaan yachh!!
Quote dua_chzy 18-2-2023 07:55 AM
miszclassique replied at 17-2-2023 04:40 PM
Agaknya macam exam MUET kot
Dengan accent nya lagi, memang i pun terberangan weh pastu time repeat a ...

Bukan. Ni jauh lagik teruk dari MUET. Masalahnya bila pace tak betul. Instructions helok je. Tetiba bila masuk part conversation, laju nak mampos ala2 Eminem rapping kata calon2 SPM. Bahana LPM bodoh ambik budak tiktok buat voice over padehal beribu cikgu2 English fluent, sebutan bagus, di tanahair ini.

Akaun socmed (twitter atau FB kalau ai tak silap) pengarah LPM dah ditutup komen gara2 diserang budak2 SPM yang tak puas hati.

Tiktokker tu pun dah kena. Budak2 SPM dapat detect sapa since sheols hada beribu tololowers.
Quote dua_chzy 18-2-2023 07:57 AM
Meme/tiktok pasal isu ni lucu2 yach.


Quote miszclassique 18-2-2023 08:47 AM
dua_chzy replied at 18-2-2023 07:55 AM
Bukan. Ni jauh lagik teruk dari MUET. Masalahnya bila pace tak betul. Instructions helok je. Tetib ...

Teruk nau kualiti
I setuju, patut bagi orang yg mmg ada credential mcm voice over kat iklan2 tu ke
Quote kechikchomel 18-2-2023 08:59 AM
dua_chzy replied at 18-2-2023 07:55 AM
Bukan. Ni jauh lagik teruk dari MUET. Masalahnya bila pace tak betul. Instructions helok je. Tetib ...

siapa lah tiktokker tu? budak lagi ke?
Quote dua_chzy 18-2-2023 09:24 AM
kechikchomel replied at 18-2-2023 12:59 AM
siapa lah tiktokker tu? budak lagi ke?

Lewat 20an kot. Atau awal 30.

Ni orangnya:

20230218_092420.jpg
Quote nononcrux 18-2-2023 09:58 AM
sambaldurian replied at 17-2-2023 10:34 PM
Spm ada ujian listening eh, zmn aku muet je rasanya.

aah ade.. hahah maju
Quote kechikchomel 18-2-2023 09:59 AM
dua_chzy replied at 18-2-2023 09:24 AM
Lewat 20an kot. Atau awal 30.

Ni orangnya:

nampak nauuu iolss dah kertu!
who r yusss???


ada Dr. Ninie tu merempan pasal ni kat FB dia
Quote Radzor 18-2-2023 10:43 AM
adeqbun replied at 18-2-2023 01:11 AM
Yg ai pelik listening test ni dh kenapa nak ckp mcm ribut sgt..pastu brit accent nye tebal bebenor u ...

Berapa markah dapat?
Quote adeqbun 18-2-2023 10:54 AM
Radzor replied at 18-2-2023 10:43 AM
Berapa markah dapat?

Hahaha lepas la p buat degree

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 07:50 PM GMT+8 , Processed in 0.059125 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top