CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Parti Pemerintah Tak Bercadang Tangguh Pilihan Raya Susulan Gempa Turkiye

17-2-2023 06:53 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 656| Komen: 5

Tiada perbincangan dibuat Parti Keadilan dan Pembangunan yang memerintah Turkiye mengenai penangguhan pilihan raya umum ekoran gempa bumi dasyat yang melanda negara itu.

AWANI memetik Sputnik melaporkan, ia menjadikan dua tarikh yang dipilih sebelum ini kekal tidak berubah.



AFP

Presiden Recep Tayyip Erdogan mahu pengundian dijalankan pada 14 Mei manakala beberapa ahli parti mahukan ia dibuat pada 18 Jun. 

Bagaimanapun, sehingga kini belum ada keputusan atau hasrat untuk menukar tarikh pilihan raya parlimen dan presiden, lapor akhbar itu.

Minggu lepas, ketua parti pembangkang Meral Aksener berkata, pilihan raya mungkin ditangguhkan dari 14 Mei kepada 18 Jun ekoran malapetaka yang melanda Turkiye.

Pembangkang menggesa parti pemerintah supaya tidak menjadikan bencana itu sebagai alasan untuk menangguhkan pilihan raya.

Pada Khamis, stesen penyiar Haberturk melaporkan bahawa pilihan raya umum di negara itu boleh ditangguhkan untuk tempoh enam bulan hingga setahun, dengan majlis pilihan raya dijangka membenarkan penangguhan itu atas permintaan parti pemerintah.


Sumber: AWANI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote takkizawa 17-2-2023 07:49 PM
Ntahla. Politician dan kebodohan berpisah tiada. Yang pembangkang maybe lah tak sabar nk pegang kuasa atau mungkin nk guling pemerintah sedia ada yang zalim. Yang memerintah kalau boleh nak kekal. Tapi apa2 pun yang rugi mmg rakyat marhein ni lah.
Quote Carcosa 17-2-2023 09:03 PM
Ya Allah... Seramnya tgk gambar kat atas tu...
Meols zoom, nampak sofa lah, cermin dinding lah, kerusi, katil... Sedih rasa   Yelah, ni semua rumah org yg sebelum earthquake, inilah kediaman dan kehidupan mereka. Memory mereka di setiap sudut
Quote Buritan 18-2-2023 05:59 AM
takkizawa: Ntahla. Politician dan kebodoh ...


Kannn.. aku kalo sembang dgn org yg sembah org politik ni aku uuh kan ajoo..org politik ni baik mcamana pun tetap jahat..
Quote bunga78 19-2-2023 12:49 AM
adeh pulak daaahhh
Quote dua_chzy 19-2-2023 01:22 AM
Politicians 1 dunia perangai hanjeng tu sama jah. Teringat politicians khinzer kita yang sibuk nak PRN, di zaman Covid menggila.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 09:24 PM GMT+8 , Processed in 0.063620 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top