CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cucu Lega Dapat Mandikan Jenazah Nenek Lepas Bomba Hantar Air

17-2-2023 06:15 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 589| Komen: 0

Kampung Paloh, Palekbang yang mengalami gangguan air disebabkan kerja penyelenggaraan panel elektrik di Loji Rawatan Air Wakaf Bharu terpaksa meminta bantuan bomba untuk memandikan jenazah.

BH Online melaporkan, sepasukan anggota bomba menghantar bantuan satu tangki air susulan menerima panggilan jam 8.03 pagi daripada cucu Allahyarham Limah Yamat, 80, yang memaklumkan tangki air di rumah mereka kehabisan bekalan, sekali gus urusan memandikan jenazah tergendala.


Anggota bomba dari BBP Wakaf Bharu mengisi air dari jentera ke dalam tangki bagi membantu melancarkan proses memandikan jenazah di Kampung Paloh, Palekbang. Foto ihsan bomba

Kata Komander operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Wakaf Bharu, Mohd Azwan Arif Ab Majid, Allahyarham meninggal dunia di rumah itu pada jam 6.45 petang semalam kerana sakit tua.

"Saya bersama empat anggota bergegas ke lokasi untuk mengisi air ke dalam tangki rumah itu yang sudah habis digunakan.


"Bekalan air sebanyak 1,500 gelen diberikan itu mencukupi untuk proses memandikan jenazah," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sementara itu, cucu Allahyarham, Mohd Zikri Azemi berkata, mereka menerima notis mengenai gangguan bekalan elektrik semalam, tetapi menyangka ia kembali pulih pada jam 6 pagi tadi menyebabkan mereka sedikit lega.

"Bagaimanapun sehingga jam 8 pagi tadi, bekalan air masih tiada menyebabkan kami menghubungi pihak bomba untuk mendapatkan bantuan.

"Kami bersyukur proses memandikan jenazah arwah nenek berjalan lancar dan air dibekalkan bomba mencukupi untuk urusan itu," katanya. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 10:02 AM GMT+8 , Processed in 0.360515 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top