CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Habis Duit Teman Lelaki! Wanita Terpedaya Dengan Scammer, Lesap RM87,406

17-2-2023 05:53 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 991| Komen: 6

Kuantan: Wanita berusia 23 tahun kerugian RM87,406 selepas terpedaya tawaran kerja sambilan secara dalam talian.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, berdasarkan laporan, mangsa dari Raub dan tidak bekerja itu melihat iklan kerja sambilan di aplikasi Xiahongshu pada 15 Februari lalu.


Katanya, selepas berbincang secara dalam talian bersama suspek, mangsa berminat dengan tawaran kerja itu.


Gambar Hiasan

"Kerja itu memerlukan mangsa menaikkan rating aplikasi permainan video.

"Mangsa ditawarkan satu peratus keuntungan untuk setiap tugasan yang dilaksanakan.

"Mangsa kemudiannya membuat dua tugasan yang diberikan oleh suspek dan mendapat keuntungan sebanyak RM295.54," katanya dalam kenyataan hari ini..

Beliau berkata, dengan keuntungan itu, mangsa mula percaya dan membuat sembilan pindahan wang ke akaun bank berlainan dengan meminjam wang daripada teman lelakinya berjumlah RM87,406.81.


"Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Ramli menasihati orang ramai supaya tidak mudah terpengaruh dengan tawaran pekerjaan melalui laman media sosial yang menjanjikan pulangan lumayan.

"Selain itu diingatkan supaya membuat semakan nombor akaun yang diterima di pautan https://semakmule.rmp.gov.my/ terlebih dulu sebelum membuat sebarang transaksi," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 17-2-2023 07:21 PM
Tak kerja,ada puluh2 ribu...buat apa ko sibuk nak kerja??
Quote Burong_Hantuk 17-2-2023 08:31 PM
X sudah2 kena scam
Quote Carcosa 17-2-2023 09:17 PM
Yg jadi mangsa2 scam kerja Part time ni, diorang ni, duduk dlm Gua Niah ke, Gua Hiraq?
Kalau engkau dpt ad tu drpd FB, seharusnya lah kau agak celik IT kan? Habis algorithm FB engkau tu, menyah aktifkan cerita2 org kena scam cara ini ke?
Apsal engkau boleh taktau modus operandi diorang?
Mcm agak kepelikang disitu. Takkanla takpenah orh bercerita atau terbaca
Quote Nabilarazak 19-2-2023 08:59 AM
Kesiannyaaa
Quote sambaldurian 20-2-2023 11:31 AM
Mangsa umur 23 tahun ni pun ada rm83k , aku yg bnyk tua dari dia ni pun, dgn xde loan umah ke apa ( xde komitmen besar - nk citer xnmpak gaji aku flow ke mana). Rm80 seminggu ke next gaji nk tunggu tu ada la.
Quote vanillaninja 20-2-2023 11:48 AM
Uols.. RM87K tu bukan duit minah ni. Kan dah tulis tu sheols pinjam duit BF. Entah2 BFnya pun duk meminjam duit orang lain sebab nak melayan minah tak berapa bijak ni.

Nasib korang la.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 02:19 PM GMT+8 , Processed in 0.038053 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top