View: 684|Reply: 6
|
Habis Duit Teman Lelaki! Wanita Terpedaya Dengan Scammer, Lesap RM87,406
[Copy link]
|
|
Kuantan: Wanita berusia 23 tahun kerugian RM87,406 selepas terpedaya tawaran kerja sambilan secara dalam talian.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, berdasarkan laporan, mangsa dari Raub dan tidak bekerja itu melihat iklan kerja sambilan di aplikasi Xiahongshu pada 15 Februari lalu.
Katanya, selepas berbincang secara dalam talian bersama suspek, mangsa berminat dengan tawaran kerja itu.
Gambar Hiasan
"Kerja itu memerlukan mangsa menaikkan rating aplikasi permainan video.
"Mangsa ditawarkan satu peratus keuntungan untuk setiap tugasan yang dilaksanakan.
"Mangsa kemudiannya membuat dua tugasan yang diberikan oleh suspek dan mendapat keuntungan sebanyak RM295.54," katanya dalam kenyataan hari ini..
Beliau berkata, dengan keuntungan itu, mangsa mula percaya dan membuat sembilan pindahan wang ke akaun bank berlainan dengan meminjam wang daripada teman lelakinya berjumlah RM87,406.81.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, Ramli menasihati orang ramai supaya tidak mudah terpengaruh dengan tawaran pekerjaan melalui laman media sosial yang menjanjikan pulangan lumayan.
"Selain itu diingatkan supaya membuat semakan nombor akaun yang diterima di pautan https://semakmule.rmp.gov.my/ terlebih dulu sebelum membuat sebarang transaksi," katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Tak kerja,ada puluh2 ribu...buat apa ko sibuk nak kerja?? |
|
|
|
|
|
|
|
X sudah2 kena scam |
|
|
|
|
|
|
|
Yg jadi mangsa2 scam kerja Part time ni, diorang ni, duduk dlm Gua Niah ke, Gua Hiraq?
Kalau engkau dpt ad tu drpd FB, seharusnya lah kau agak celik IT kan? Habis algorithm FB engkau tu, menyah aktifkan cerita2 org kena scam cara ini ke?
Apsal engkau boleh taktau modus operandi diorang?
Mcm agak kepelikang disitu. Takkanla takpenah orh bercerita atau terbaca |
|
|
|
|
|
|
|
Mangsa umur 23 tahun ni pun ada rm83k , aku yg bnyk tua dari dia ni pun, dgn xde loan umah ke apa ( xde komitmen besar - nk citer xnmpak gaji aku flow ke mana). Rm80 seminggu ke next gaji nk tunggu tu ada la. |
|
|
|
|
|
|
|
Uols.. RM87K tu bukan duit minah ni. Kan dah tulis tu sheols pinjam duit BF. Entah2 BFnya pun duk meminjam duit orang lain sebab nak melayan minah tak berapa bijak ni.
Nasib korang la. |
|
|
|
|
|
|
| |
|