CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nak Sangat Pakai Nombor Plat 'Fancy', Terimalah Padahnya

17-2-2023 05:50 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2465| Komen: 15

SHAH ALAM – Tindakan lapan kenderaan menggunakan nombor plat ‘fancy’ memakan diri apabila dikenakan tindakan dalam operasi khas di susur  Lebuh Raya Kemuning-Shah Alam (LKSA) di sini.

Lima kereta dan tiga motosikal itu disaman polis dalam Op Khas Kesalahan Nombor Pendaftaran berkenaan bermula kira-kira pukul 10.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, operasi itu dilakukan hasil aduan awam berkaitan pemilik kenderaan mempamerkan nombor plat yang tidak mengikut spesifikasi ditetapkan.


Foto: Kosmo

Kata beliau, pihaknya bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor menjalankan pemeriksaan ke atas 80 kenderaan dan 96 individu.

“Sebanyak 32 jumlah saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan termasuk lapan berkaitan nombor plat fancy.

“JAS turut mengeluarkan tiga notis pemeriksaan terhadap tiga pemandu lori atas kesalahan ekzos,” katanya ketika dihubungi hari ini.


Tambah Mohd. Iqbal, operasi khas itu dikuatkuasakan bermula 15 sehingga 28 Februari ini.

“Penguatkuasaan itu juga susulan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman menerima banyak rungutan mengenai penggunaan nombor plet berkenaan.

“Justeru, semua pengguna jalan raya dinasihatkan sentiasa mematuhi peraturan bagi mengelak dikenakan tindakan,” ujarnya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote blue_blur 17-2-2023 06:11 PM
apa la sangat rm300, kalau bayar same day kat app mysaman kan cuma RM100-150. oke la "fee" tu untuk pakai fancy nomba.
Quote Kitty_catz 17-2-2023 06:17 PM
alah bangsa H

apadehalll.. sok2 mintak kluar kaydabalyuespi
Quote kakikuDibibirmu 17-2-2023 06:27 PM
Jubo, tahi:



KFC:





Penis:



Vagina:



You babi:



KJ babi:

Quote ultra78 17-2-2023 06:40 PM
Yang pakai no plet fancy ni jenis dahagakan perhatian jugak.
Quote syamzana 17-2-2023 06:46 PM
apebenda la nak fancy2 gini. kalau jadi apa2 kan susah org nak cari
Quote misc 17-2-2023 08:42 PM
Eh aku kenal keta u babi tu
Quote Firenzza 17-2-2023 08:48 PM
kakikuDibibirmu replied at 17-2-2023 06:27 PM
Jubo, tahi:



Knp la plet penang ni melucah....lps PEN15 nti kuar PUK1 plk
Quote Burong_Hantuk 17-2-2023 09:15 PM
Padan muka....
Quote kakigebang 17-2-2023 09:56 PM
BN8481 plat motor kot penah viral
Quote nononcrux 18-2-2023 10:53 AM
kaya takpe.. pastu ckp mcm takde isu lain nak saman.. plat fancu jugak yg dicari
Quote kepompong 18-2-2023 10:58 AM
kakikuDibibirmu replied at 17-2-2023 06:27 PM
Jubo, tahi:



KFC - Khairul Fahmi Che’mat
Quote ctaz 18-2-2023 12:47 PM


kalau tak salah aku...tokeh babi.....
Quote rogayahtop 19-2-2023 05:28 AM
pandanglah lihatlah plat kereta ku yg unik

adik beradik ramai gamaknya.
Quote ReginaGeorge 19-2-2023 06:12 AM
Abg polis buat la sekatan setiap hari dijalan yang sama, bagi saman org yg sama setiap hari sampai kering gaji asyik nak membayar saman je. Tak pun, tunggu driver tu  area kawasan rumah. Keluar je pemandu dari gate rumah, terus saman [em:22:] kan ada alamat rumah [em:3:]
Quote DARSITA 19-2-2023 06:23 AM

Benda yang tak boleh dibenarkan yg itulah dia orang nak buat. Hish!!

Cer mcm US - no plate kenderaan hanya dikeluarkan oleh JPJ/DMV. Kalau nak fancy fancy spt letak nama sendiri boleh apply FOC jer tapi tak ada yg orang. Ada pun kurang.

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 01:30 PM GMT+8 , Processed in 0.052065 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top