View: 2109|Reply: 15
|
Nak Sangat Pakai Nombor Plat 'Fancy', Terimalah Padahnya
[Copy link]
|
|
SHAH ALAM – Tindakan lapan kenderaan menggunakan nombor plat ‘fancy’ memakan diri apabila dikenakan tindakan dalam operasi khas di susur Lebuh Raya Kemuning-Shah Alam (LKSA) di sini.
Lima kereta dan tiga motosikal itu disaman polis dalam Op Khas Kesalahan Nombor Pendaftaran berkenaan bermula kira-kira pukul 10.30 pagi.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, operasi itu dilakukan hasil aduan awam berkaitan pemilik kenderaan mempamerkan nombor plat yang tidak mengikut spesifikasi ditetapkan.
Foto: Kosmo
Kata beliau, pihaknya bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor menjalankan pemeriksaan ke atas 80 kenderaan dan 96 individu.
“Sebanyak 32 jumlah saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan termasuk lapan berkaitan nombor plat fancy.
“JAS turut mengeluarkan tiga notis pemeriksaan terhadap tiga pemandu lori atas kesalahan ekzos,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Tambah Mohd. Iqbal, operasi khas itu dikuatkuasakan bermula 15 sehingga 28 Februari ini.
“Penguatkuasaan itu juga susulan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman menerima banyak rungutan mengenai penggunaan nombor plet berkenaan.
“Justeru, semua pengguna jalan raya dinasihatkan sentiasa mematuhi peraturan bagi mengelak dikenakan tindakan,” ujarnya. – CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
apa la sangat rm300, kalau bayar same day kat app mysaman kan cuma RM100-150. oke la "fee" tu untuk pakai fancy nomba. |
|
|
|
|
|
|
|
alah bangsa H
apadehalll.. sok2 mintak kluar kaydabalyuespi |
|
|
|
|
|
|
|
Yang pakai no plet fancy ni jenis dahagakan perhatian jugak. |
|
|
|
|
|
|
|
apebenda la nak fancy2 gini. kalau jadi apa2 kan susah org nak cari |
|
|
|
|
|
|
|
Eh aku kenal keta u babi tu |
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu replied at 17-2-2023 06:27 PM
Jubo, tahi:
Knp la plet penang ni melucah....lps PEN15 nti kuar PUK1 plk |
|
|
|
|
|
|
|
BN8481 plat motor kot penah viral |
|
|
|
|
|
|
|
kaya takpe.. pastu ckp mcm takde isu lain nak saman.. plat fancu jugak yg dicari |
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu replied at 17-2-2023 06:27 PM
Jubo, tahi:
KFC - Khairul Fahmi Che’mat |
|
|
|
|
|
|
|
kalau tak salah aku...tokeh babi.....
|
|
|
|
|
|
|
|
pandanglah lihatlah plat kereta ku yg unik
adik beradik ramai gamaknya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Abg polis buat la sekatan setiap hari dijalan yang sama, bagi saman org yg sama setiap hari sampai kering gaji asyik nak membayar saman je. Tak pun, tunggu driver tu area kawasan rumah. Keluar je pemandu dari gate rumah, terus saman [em:22:] kan ada alamat rumah [em:3:] |
|
|
|
|
|
|
|
Benda yang tak boleh dibenarkan yg itulah dia orang nak buat. Hish!!
Cer mcm US - no plate kenderaan hanya dikeluarkan oleh JPJ/DMV. Kalau nak fancy fancy spt letak nama sendiri boleh apply FOC jer tapi tak ada yg orang. Ada pun kurang. |
|
|
|
|
|
|
| |
|