Seorang wanita nak saman malu sebuah syarikat katering apabila mendakwa sajian yang disediakan tidak memuaskan. Menerusi satu klip video dimuat naik di media sosial Lina, memaparkan keadaan nasi berkenaan yang lembik dan dipercayai telah basi.
“Ni nampak tak, nasi lembik. Betul-betul letak warna sahaja, tidak ada bau nasi minyak langsung,” katanya menerusi video berdurasi 15 saat itu. Lantaran itu, katanya, dia akan membuat saman malu ke atas syarikat terbabit berikutan perkhidmatan teruk yang diterima keluarganya. “Jangan tertipu macam saya. Masa ‘tester’ (uji rasa), ‘owner’ (pemilik) kata dia yang masak. “Bila hantar, nasi basi dan ayam bau bangkai. Ayat manis sangat. Minta duit balik, dia asyik bagi alasan sahaja,” ujarnya. Dalam pada itu, rata-rata orang meluahkan simpati kepada individu berkenaan dan ada juga berkongsi pengalaman menerima nasib yang sama.
“Kesiannya. Adik ipar saya keluar RM11,000 semua lauk rasa tak sedap. Ayam busuk dan bubur santan masam. Malu mertua saya,” kata Nurida. “Saya kalau tempah katering, tak berani ambil yang tak dikenali. Takut servis tak okey dan kena tipu,” ujar seorang pengguna. “Kawan saya pernah kena, nasi lembik gila. Kesian tengok muka ayah dia. Muka reda sahaja. Sepanjang hari kena perli dengan tetamu,” jelas ian. – CARI Sumber: Kosmo
|
OyenLemas replied at 17-2-2023 03:33 PM
kadang bukan katering puncanya
OyenLemas replied at 17-2-2023 11:33 PM
kadang bukan katering puncanya
Simunggu replied at 20-2-2023 08:56 AM
kadang kadang catering just mau duit shj, quality & kebersihan ke laut
ADVERTISEMENT