CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1680|Reply: 8

Wanita Nak Saman Syarikat Katering! Bagi Nasi Basi, Ayam Bau Bangkai

[Copy link]
Post time 17-2-2023 04:40 PM | Show all posts |Read mode
Seorang wanita nak saman malu sebuah syarikat katering apabila mendakwa sajian yang disediakan tidak memuaskan.


Menerusi satu klip video dimuat naik di media sosial Lina, memaparkan keadaan nasi berkenaan yang lembik dan dipercayai telah basi.


“Ni nampak tak, nasi lembik. Betul-betul letak warna sahaja, tidak ada bau nasi minyak langsung,” katanya menerusi video berdurasi 15 saat itu.


Lantaran itu, katanya, dia akan membuat saman malu ke atas syarikat terbabit berikutan perkhidmatan teruk yang diterima keluarganya.










“Jangan tertipu macam saya. Masa ‘tester’ (uji rasa), ‘owner’ (pemilik) kata dia yang masak.


“Bila hantar, nasi basi dan ayam bau bangkai. Ayat manis sangat. Minta duit balik, dia asyik bagi alasan sahaja,” ujarnya.


Dalam pada itu, rata-rata orang meluahkan simpati kepada individu berkenaan dan ada juga berkongsi pengalaman menerima nasib yang sama.


“Kesiannya. Adik ipar saya keluar RM11,000 semua lauk rasa tak sedap. Ayam busuk dan bubur santan masam. Malu mertua saya,” kata Nurida.


“Saya kalau tempah katering, tak berani ambil yang tak dikenali. Takut servis tak okey dan kena tipu,” ujar seorang pengguna.


“Kawan saya pernah kena, nasi lembik gila. Kesian tengok muka ayah dia. Muka reda sahaja. Sepanjang hari kena perli dengan tetamu,” jelas ian. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2023 11:33 PM From the mobile phone | Show all posts
kadang bukan katering puncanya
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2023 07:58 AM | Show all posts
OyenLemas replied at 17-2-2023 03:33 PM
kadang bukan katering puncanya

dah tu? sihir?
BTW, tak mustahil jua. Masa kazen weols kahwin, kami ni nak masak nasi dalam periuk besar. Kayu api dah marak, tapi periuknya sejuk macam takde bahang apa-apa. Pakcik weols baca-baca kat garam kasar, pastu campak dalam api tu. Baru ok.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2023 08:06 AM From the mobile phone | Show all posts
OyenLemas replied at 17-2-2023 11:33 PM
kadang bukan katering puncanya

Kalo sihir caterer tu kena pandai2 laaaaa berubat sendiri... gantirugi tetap kena bayar
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2023 08:16 AM | Show all posts
saman jer ...kasi pengajaran sikit pada peniaga2 yg x jujur
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2023 08:56 AM | Show all posts
kadang kadang catering just mau duit shj, quality & kebersihan ke laut
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-2-2023 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Simunggu replied at 20-2-2023 08:56 AM
kadang kadang catering just mau duit shj, quality & kebersihan ke laut

Entah entah katerer ni nak senang dia sub pd phk ketiga...dah tu ambik untung atas angin. Benda lama masak mudah lah jd basi..
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2023 09:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada perasan ada org bagi petua... taknak makanan cepat basi jgn letak atas lantai. Tu nasihat caterer berpengalaman la. Akak ni baru2 je buat katering bajet. Dia buat nasi minyak pon pakai beras murah so senang hancur.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2023 03:46 PM | Show all posts
makanan cepat basi dari caterer ni mmg selalu jadi bukan sebab dia masak terlalu awal or guna barang2 tak elok or kena sihir. punca utama ni not properly handling & storing lepas masak in bulk quantity. lepas masak panas2 terus tutup / wrap dengan plastik, condensation wap panas escalate process basi. expose kat panas pon punca makanan cepat basi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 10:27 AM GMT+8 , Processed in 0.090170 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list