CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Duangpetch Tiada Duit, Rayu Bantuan Bawa Pulang Mayat Dari UK

17-2-2023 03:01 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3472| Komen: 40

Susulan berita kematian Duangpetch Promthep, keluarganya merayu bantuan agar mayat remaja yang diselamatkan dari gua Tham Luang di daerah Chiang Rai, Thailand pada Jun 2018 dapat dibawa pulang untuk melakukan upacara keagamaan.


Awani melaporkan, bekas kapten pasukan bola sepak Wild Boars Thailand itu meninggal dunia di United Kingdom pada 15 Februari lalu.


AFP

Kata Thanaporn Promthep, mereka tidak mempunyai wang untuk membawa mayat anaknya itu pulang ke negara kelahirannya.

"Kami mahu dia (mayatnya) kembali kerana keluarga kami tidak mempunyai wang; tiada seorang pun daripada kami (mampu membawa pulang).

“Kami ingin meminta bantuan anda untuk membawa pulang mayatnya,” kata ibu mendiang dalam sidang media secara dalam talian pada Rabu, memetik CNA.

Wanita itu berkata, keluarganya akan berusaha melalukan apa sahaja untuk membawa mayat remaja berusia 17 tahun itu pulang, termasuk hanya mendapatkan abu mendiang.


“Kami sekeluarga bimbang rohnya masih hilang di asrama atau di hospital. Kita tunggu jenazahnya pulang.

“Sesetengah orang memberitahu saya bahawa menghantar balik mayat boleh menelan kos ratusan ribu baht.

“Kami mempunyai beberapa anak yang masih belum tamat sekolah. Sekarang Dom sudah tiada, jika kita benar-benar tidak boleh mendapatkan mayatnya, kita akan mendapat apa yang kita boleh, mungkin abunya,” katanya lagi.


Daily Mail

Sementara itu, bekas penyerang dan ketua jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan Thailand, Kiatisuk Senamuang akan berhubung dengan Zico Foundation, pertubuhan bukan keuntungan yang membantu Duangpetch mendapatkan biasiswa untuk melanjutkan pengajian di Akademi Bola Sepak Kolej Brooke House di Leicestershire. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Adrif 17-2-2023 03:15 PM
punca kematian?

dah google dan baca beberapa artikel. suspicious betul jawapan diorang..

macam kes buli
Quote sharlenetexas 17-2-2023 03:18 PM
Adrif replied at 17-2-2023 03:15 PM
punca kematian?

dah google dan baca beberapa artikel. suspicious betul jawapan diorang..

Patutlah kat mana2 portal xde yg mention punca kematian.

Quote cattiecute 17-2-2023 04:02 PM
Adrif replied at 17-2-2023 03:15 PM
punca kematian?

dah google dan baca beberapa artikel. suspicious betul jawapan diorang..

yela jugak tu
sebab language barrier sama
sedangkan kita yang belajar BI pun nak sesuaikan diri susah kat sana
apatah lagi orang siam yang bahasa utama dorang bukan BI.
Quote prettyuglybabe 17-2-2023 05:06 PM
Adrif replied at 17-2-2023 03:15 PM
punca kematian?

dah google dan baca beberapa artikel. suspicious betul jawapan diorang..

kalau betul dia kena buli, harap roh dia stay kat hostel and kacau pembuli sampai jadi gila..
Quote Noraniza_Iblis 17-2-2023 05:08 PM
tanam je kt sane kenape? atau bako ke..
sbb bawak balik sini pun..korang bako jugak..
Quote cmf_premierleag 17-2-2023 05:11 PM
Kat twitter sana ummah2 kokesen sume speku kematian budak ni
Sbb suspicious and takde lgsg mention punca kematian bagai
Omputeh juga suka membawang ya
Quote becir 17-2-2023 05:31 PM
Tengok muka jenis good boy, harapan keluarga..kesiannya kalau mati sebab kena buli
Quote she 17-2-2023 05:34 PM
Deme kata eksiden
Tapi dikatakan kematian berantai
Sebab satu demi satu yang terlibat dalam insiden tu mati
Ala2 ketulahan gitu

Macik baca kat tenet ar
Sape keji cakap macik tahyul
Macik libas dengan dulang Ikea
Quote Davison5683 17-2-2023 05:42 PM
I have read your article
Quote kemaruk 17-2-2023 05:56 PM
BDSM gone wrong ke
Quote kechikchomel 17-2-2023 05:59 PM
she replied at 17-2-2023 05:34 PM
Deme kata eksiden
Tapi dikatakan kematian berantai
Sebab satu demi satu yang terlibat dalam insiden  ...

Siapa lagi yg mati macik?
Selain yg penyelamat tu?
Quote Cokoro 17-2-2023 06:07 PM
Kalau kematian berantai mgkin sbb dlm gua tu beracun kut. Sbb air dlm tu xthu dh brp lama ada dgn tahi kelawar lagi.
Quote antikorok 17-2-2023 06:43 PM
Died suddenly? Bau2 ikang kuat sangat!
Quote dua_chzy 17-2-2023 06:48 PM
cmf_premierleag replied at 17-2-2023 09:11 AM
Kat twitter sana ummah2 kokesen sume speku kematian budak ni
Sbb suspicious and takde lgsg mention p ...

Kalau omputeh tak suka membawang, tak wujud la portal gosip, suratkabar tabloid omputeh segala.
Quote miszclassique 17-2-2023 06:56 PM
Kesiannya
Family hantar jauh2 pergi belajar
Balik dah jadi mayat
Quote Supersirap 17-2-2023 06:59 PM
Salam takziah kepada keluarga mangsa
Quote she 17-2-2023 11:51 PM
kechikchomel replied at 17-2-2023 05:59 PM
Siapa lagi yg mati macik?
Selain yg penyelamat tu?

Pelakon yang melakonkan watak jurulatih deme
Quote monsterwife 18-2-2023 01:15 AM
dua_chzy replied at 17-2-2023 06:48 PM
Kalau omputeh tak suka membawang, tak wujud la portal gosip, suratkabar tabloid omputeh segala.

Iye...mereka pun manusia jgk
Tapi ada sorg forumer tu ckp omputeh jat negara dia x membawang hahaha
Quote FlexyFox 18-2-2023 01:41 AM
Comel budak Dom ni. Kedutaan Siam kat sana tak kan tak bantu?

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 10:26 AM GMT+8 , Processed in 0.078337 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top