CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri Tegur, Orang Malaysia Suka Guna ChatGPT Sebagai Tempat Rujukan Hukum Agama

17-2-2023 12:16 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1592| Komen: 18

PUTRAJAYA- Umat Islam di negara ini dinasihatkan agar tidak menggunakan aplikasi ChatGPT untuk dijadikan panduan rujukan pelbagai isu yang melibatkan hukum agama.

Peringatan itu disuarakan tokoh ilmuwan Islam yang juga bekas Menteri Agama, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri kerana menyifatkan jawapan diberikan sistem tersebut adalah salah.


“Berdasarkan penelitian saya mendapati buat masa ini, ia kurang sesuai sebagai rujukan dalam bidang agama Islam.

“Selain itu, sistem kecerdasan buatan (AI) di aplikasi tersebut juga ada banyak masalah. Benar kita boleh mengajar AI jika ia menjawab dengan jawapan salah, tetapi antara elemen utama tiada pada ChatGPT adalah kemampuan menilai isu yang disoal,” katanya.

Foto: Kosmo

ChatGPT atau Chat Generative Pre-Trained Transformer merupakan bot sembang yang diperkenalkan firma OpenAI pada akhir tahun lepas oleh Sam Altman di Amerika Syarikat.


Ia berasaskan teras model ‘chatbot’ untuk cuba meniru gaya perbualan normal manusia termasuk menulis dan menjawab soalan malah menjadi fenomena seluruh dunia ketika ini.

Walau bagaimanapun, sistem itu turut dikritik oleh pelbagai pihak akademik kerana dikesan memberi jawapan dengan ketepatan fakta yang tidak sekata dan boleh diragui kredibiliti.

Meskipun begitu, beliau berpandangan ChatGPT hanya sesuai sebagai panduan umum tetapi tidak semestinya tepat dalam kalangan mereka yang telah ada asas baik subjek agama.

“Namun ia bukanlah ranah atau bidang lapangan ilmu yang bersesuaian untuk diteroka oleh masyarakat awam yang menginginkan jawapan tuntas bagi persoalan agama,” tegasnya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 17-2-2023 12:18 PM
abistu nak tanya sape confirmation ucap merry christmas haram ke tak ??? kalo tanya lobai pun tahun ni harom pastu tiba tahun depan eh eh dia pulak ucap merry christmas ahh sudahh halalan toyyiban lepas merry christmas apply halal jakim
Quote blue_blur 17-2-2023 12:22 PM
memang wow juga AI ni......dari perkataan sahaja boleh terjemah ke lukisan 3D.... dari perkataan sahaja boleh terjemah ke music kita punya copyright...... kalau dia release time pkp haritu, banyak masa bole explore benda ni... sangat menarik..
Quote Dwdrum 17-2-2023 12:31 PM
Apabila yahudi dan kapir atheist mahu sesat ummah... Ini baru betul.... LOL

Quote bonggo 17-2-2023 09:09 PM
Orix: abistu nak tanya sape confirma ...
eh kau mufti semua ckp haram haram lah. Lagi nk pertikai. Sejak bila lak kita dengar ckp lebai jadikan hukum. Kita dengar ckp mufti
Quote Tembikaigoreng 18-2-2023 03:14 AM
bonggo: eh kau mufti semua ckp haram h ...


Serupa kawan daku!!! Dah terang lagi bersuluh kat laman web Mutfi dah tetapkan hukum... Nak juga dia pegang hukum dari ustaz ustazah... Last2 daku suruh dia apply jadi mufti... Nak tgk layak or tak LOLL

BTW daku dah try ChatGPT ni....tak selari pun fakta-fakta dia walaupun kita minta reference sekali!!  
Quote kemaruk 18-2-2023 03:27 AM
AI ganggu periuk nasik pak ustad
Quote kemaruk 18-2-2023 03:28 AM
Tembikaigoreng replied at 18-2-2023 03:14 AM
Serupa kawan daku!!! Dah terang lagi bersuluh kat laman web Mutfi dah tetapkan hukum... Nak juga d ...

Kuda daku kaku lalu ku luku kuku kudaku
Quote Orix 18-2-2023 04:12 AM
bonggo replied at 17-2-2023 09:09 PM
eh kau mufti semua ckp haram haram lah. Lagi nk pertikai. Sejak bila lak kita dengar ckp lebai jadik ...

Gituh. Mufti lah penentu dosa pahala khuenst. Skema pemarkahan raqib atid semua di tangan mufti gituhhh

Quote ultra78 18-2-2023 08:17 AM
Jika hanya sorang dua buat mcm tu terus cop bagai ramai orang malaysia? Trend chatgpt ni baru sangat dan hanya org yang tech savvy akan tahu dan create account. Lagi senang search kat google aje sebab tak perlu create account.
Quote sekngucing 18-2-2023 08:29 AM
bonggo replied at 17-2-2023 09:09 PM
eh kau mufti semua ckp haram haram lah. Lagi nk pertikai. Sejak bila lak kita dengar ckp lebai jadik ...

cakap mufti pernah jd hukum.ke..setahunakuia jd fatwa saja..tak pernah dipraktik sbg hukum pun
Quote Dwdrum 18-2-2023 08:56 AM
ultra78 replied at 17-2-2023 04:17 PM
Jika hanya sorang dua buat mcm tu terus cop bagai ramai orang malaysia? Trend chatgpt ni baru sangat ...

Mufti kata kata tidak accurate sebab depa guna free plan... Maybe.... Kena ambil yang plus
Mindgrasp juga not bad...

Quote tahanie 18-2-2023 09:26 AM
Apa ni? Tak pernah dengar. Tengok website mufti untuk fatwa
Quote Decaffeinated 18-2-2023 04:20 PM
Takut last2 chatbot ni yang detect banyak sangat inconsistencies terus declare religion is a scam. Nauzubillah.
Quote sharlenetexas 18-2-2023 04:30 PM


Walau bagaimanapun, sistem itu turut dikritik oleh pelbagai pihak akademik kerana dikesan memberi jawapan dengan ketepatan fakta yang tidak sekata dan boleh diragui kredibiliti.


Quote lostnfaun 18-2-2023 05:13 PM
blue_blur replied at 17-2-2023 12:22 PM
memang wow juga AI ni......dari perkataan sahaja boleh terjemah ke lukisan 3D.... dari perkataan sah ...

Mcm mana convert ke 3D, music tue bang?
Quote blue_blur 18-2-2023 06:21 PM
Edited by blue_blur at 18-2-2023 06:23 PM
lostnfaun replied at 18-2-2023 05:13 PM
Mcm mana convert ke 3D, music tue bang?

youtuber dah mula rebut2 review tiap website.
keyword nya, AI to generate 3D art, AI to generate music.

kalau art, yang top tier rasanya midjourney, seangkatannya boleh search youtube "alternative to midjourney"
kalau music, tak explore lagi, youtuber tu listkan MusicLM, Synthesizer V, Text-To-Song.

kalau serius, join discord dia, komuniti untuk sharing/flexing. memang wow. den dah berkarat nak explore NFT, mungkin AI macam ni ada impact besar juga pada market NFT.

(Try AI kan muka den ikut watak2 epic etc, tak menjadi, depa tak detect lagi rupa muka2 melayu kot .. try AI kan muka orang rumah, ada la rupa sikit)
Quote grouper 18-2-2023 06:28 PM
Patut tanya yg chatgpt punya character based ustaz...maybe jawapan mcm ustaz yg belajar mazhab yg kita nak. Sbb chatgpt ni kita blh minta certain character yg jawab soalan kita tu. Character yg paling popular skang DAN. Itu pun ada byk versi DAN...
Quote intan244 18-2-2023 07:10 PM
iols la yg selalu tanya pasal agama tu, fakta sirah dll. chatgpt ni mcm student yg pandai goreng, confident penting. bila iols persoalkan fakta dia bagi, then dia kata aala u ckp betul sorry i salah gitu. lawak xlawak.

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 09:55 AM GMT+8 , Processed in 0.146360 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top