Peniaga emas mengakui trend pembelian emas tidak serancak semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) walaupun ketika ini harganya menunjukkan penurunan. Wartawan Utusan Malaysia yang meninjau beberapa kedai emas di Pasar Siti Khadijah mendapati premis itu lengang tanpa kehadiran pelanggan.
Malah, jika ada pun mereka hanya melihat reka bentuk dan corak terbaharu mengikut keperluan masing-masing. Bagaimanapun kata Anani, ada pelanggan datang untuk tukar ganti barang kemas lama dengan baru. Sementara itu, Asmaq Abdul Karim 32, memberitahu, kebanyakan pelanggannya datang untuk menukar barang kemas lama dengan baharu walaupun terpaksa menambah wang. “Antara reka bentuk yang menjadi pilihan ialah lipan, coco dan clip,” katanya.
Seorang pembeli dikenali sebagai Ros, 40, yang menukar rantai tangan jenis pulut dakap dan menukarnya dengan yang baharu jenis lipan, mengakui bukan penggemar barang kemas. Akuinya, dia hanya menukarkan yang lama kepada trend terkini mengikut keperluan. - CARI
|
snowflakes replied at 17-2-2023 01:18 PM
Rasa cam emas zaman sekarang mcm ringan sikit...
ADVERTISEMENT