CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Erma Fatima Kecewa Rakyat Malaysia Tak Sokong Program Islamik, Lebih-Lebih Lagi Kena Bayar- "Di Mana Orang Islam"

17-2-2023 11:32 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3940| Komen: 61

Erma Fatima kesal dengan rakyat Malaysia yang didakwa tidak menghargai perjuangan mereka dalam menganjurkan program Islamik Cahaya Israk Mikraj yang akan berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam, pada 18 Februari 2023.


Di Instagram, Erma menyatakan bukan mudah untuk menganjurkan program Islamik yang berbayar dan akui lebih mudah untuk menganjurkan konsert hiburan berbanding program keagamaan di Malaysia.

Foto: IG

“Bukan mudah untuk membuat sebuah program Islamik apatah lagi berbayar. Lebih mudah membuat konsert hiburan di Malaysia ni sebenarnya," tulisnya.

Erma juga menyifatkan pihak mereka telah berjaya di mata Allah biarpun rakyat Malaysia tidak menghargai perjuangan mereka.



“Tak mengapa @raihannasheedofficial kita buat yang terbaik buat Allah dan Rasul malam 18 Februari ini.

"Kita sudah berjaya di mata Allah meskipun rakyat Malaysia tak menghargai perjuangan kita.

"It’s better to lose money than our reputation to Allah and Rasul. #dimana orang Islam agaknya.”



Di ruangan komen rintihan Erma itu pelbagai reaksi dari netizen.

Ramai yang menyatakan bahawa mereka tidak mengetahui penganjuran program Islamik berkenaan disebabkan ‘kurang marketing’.

“Tak Tahu pun ada konsert Raihan, kurang marketing. Kat mana nak beli tiket?.”


“Tak tahu pun ada. Lama tunggu konsert Islamik macam ni nak bawa anak. Tapi hujung-hujung bulan ni takde rezeki nak pergi. Ruginya..”

“Mungkin kurang diuar-uarkan sebab saya pun kalau tak tengok status ni. Tak tahu pun ada konsert bersama Raihan sebab saya jarang buka IG.”

“Tak tahu tak nampak pun apa-apa promo pasal ni.”-CARI

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote acik79 17-2-2023 11:53 AM
Napa dagu dia bengkak? Tu yg aku nampak dulu
Quote Adrif 17-2-2023 11:54 AM
entah. marketing nya mana, aku pun tak tau walaupun aku peminat raihan berpuluh tahun

marketing kena at least 50% cost of the whole production tau, baru betui

ni kalau buat event besau2, tapi marketing ko bayar gaji minimum, kos pulak RM220, tolak RM50 buat beli bihun untuk mesyuarat, what do you expeekkkkk

aa gituu
Quote prince_marhaen 17-2-2023 11:54 AM
Lahhhhhh.......ada orang letak parang kat leher ke buat konsert islamik tu? Kenapa kena trip guilt orang bila konsert tak laku?? ke mana orang islam ke mana orang islam.... kau pun asap berkepok-kepok isap rokok... muslimah islam ke tuwww??? Buat konsert pun nak jugak hadap duit kan? so orang ada pilihan lah nak berhibur berbayar ke nak berhibur tak bayar ke.... jijik lah jenis promo begini... memang orang tak tahu pun, raihan pun tak promo sangat, yang promo nampak tu pun Tok Pinaz sebab dia pakai tudung... kau? promosi kencang tak??
Quote HabukBesi 17-2-2023 12:03 PM
pura-pura terkejut
Quote gideoncross 17-2-2023 12:05 PM
Adrif replied at 17-2-2023 11:54 AM
entah. marketing nya mana, aku pun tak tau walaupun aku peminat raihan berpuluh tahun

marketing ken ...

Slh stu sbb x laku sbb x ckup marketing, klau BlackPink, stu dunia thu.
Quote gideoncross 17-2-2023 12:15 PM
prince_marhaen replied at 17-2-2023 11:54 AM
Lahhhhhh.......ada orang letak parang kat leher ke buat konsert islamik tu? Kenapa kena trip guilt o ...

Negeri lain x mental klau BlackPink dtg, Msia plak x hbis2 nk tnjuk hatred towards artis2 non Muslim pdhl tatacara krja sma je.
Quote Samerosie 17-2-2023 12:45 PM
Tak faham.  Kalau buat ikhlas majlis agama kena je sebut pasal losing money pula ke expect to make money juga tapi sebab sendu terpaksa la ckp win dimata Allah.
Quote ezacbee 17-2-2023 12:51 PM
acik79 replied at 17-2-2023 11:53 AM
Napa dagu dia bengkak? Tu yg aku nampak dulu

Cantik membulat dagu tu.. Klo picit leper takkk
Quote Fly_over 17-2-2023 12:54 PM
ala ni mesti psl x cukup marketing. usrah2, program islamic ni ada je pengikut sendiri.
Quote umisha 17-2-2023 12:54 PM
Baru tau. Majlis ilmu kat masjid taman pun payah org nak dtg. Free lagi. Nampak tak?
Quote RoseLuna 17-2-2023 01:00 PM
laa dia yg tak buat marketing tiber nak blame orang Islam pulak. lepas tu acah2 play victim sambil menyindir
Quote Burong_Hantuk 17-2-2023 01:11 PM
Kejap aku nk tnya something ni .kau tu dh btl2 quit smoking ke????
Quote dudaberhias 17-2-2023 01:21 PM
orang yang minat ke arah agama tak pergi ke program2 ni nekkk...
salah target... takkan dah bertahun dalam industri tempatan masih tak tahu...

kau yang salah target lepastu salahkan orang2 islam pulak...
Quote opie5662 17-2-2023 01:25 PM
Kedekut buat marketing.. Ujung2 tanye org islam mane.... Apoooo... Ko igt org islam suka melaghooo je ke... Ko tu jenia org islam yg suke judge org... Tp kalau org judge ko, pandai plak melenting. Org tatau dituduh plak org islam tak suke program keagamaan...
Quote scrocth 17-2-2023 01:27 PM
Kau collab lah dgn channel2 islamik or page2 ahli pas utk tarik target audiences. Ni kau srh artis2 lagha plak pg promote dkt ig masing2 sah2 la semua org swipe left ja konsepnya.
Quote likilu 17-2-2023 01:30 PM
Fly_over replied at 17-2-2023 12:54 PM
ala ni mesti psl x cukup marketing. usrah2, program islamic ni ada je pengikut sendiri.

Yg english speaking ustaz ok je jual mahal lagi kan harga. Marketing xde la gempak pun tapi the news circulate to the right target market la kot.

Betul, xyah nak guilt trip orang sangat kau lah terpaling israk mikraj else budak budak xtau.

Ummah jadi hebat sebab usaha kecik dari ramai orang, so kau nK jadi terpaling pengajur tahap teratas silakan, tapi jgn kecilkan usaha orang lain segala hari pun ada sambutan peringkat surau mesjid taman, xyah konsert mega, pun ramai je dermawan yg xpernah ungkit losing money pun.

Kotor lah
Quote jejaka_hensem 17-2-2023 01:37 PM
Japg iols komen,nak dgr khutbah kejap.getteew
Quote sora13 17-2-2023 01:46 PM
Hajjah kan crowd puller, nape kau tak guna nama dia untuk marketing? Kalau kau tambah dgn pak ustad dia untuk aksi romantic terpaling sunnah, berduyun2 8.6 juta pengikut dia datang event kau. Itupun nak kena ajar ke?
Quote asamfish 17-2-2023 02:57 PM
laaaa....suka hati la org nak join program apa ....amal ibadat ni antara diri dengan tuhan.  tak semestinya org yang join program islamik tu benar2 seorang muslimin/muslimah dan terus masuk sorga.....ini mcm achik jual nasik lemak, bila org takmo beli disalahkan org ramai, bukannya nak kaji selidik if nasik lemak tu sedap ke tidak, lokasi gerai tu elok ke idak, so on and so forth....puiiiila erma....

Lihat semua komen(61)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-10-2024 04:47 PM GMT+8 , Processed in 0.307092 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top