CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Duit Pelajar Universiti Lesap RM50 Ribu, Terpedaya 'Boyfriend' Minta Duit Beli Skin Hero Mobile Legend

17-2-2023 10:03 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 840| Komen: 6

Kota Kinabalu: Seorang penuntut wanita di sebuah universiti tempatan, di sini, kerugian hampir RM50,000 kerana diperdaya sindiket Love Scam selepas berkenalan dengan seorang lelaki menerusi aplikasi Telegram.


Kejadian bermula pada 5 Februari lalu, apabila mangsa berusia 19 tahun berkenalan dengan seorang lelaki melalui aplikasi berkenaan.


Gambar Hiasan

Pada awalnya mereka hanya berinteraksi dalam Telegram sebelum berhubung melalui aplikasi WhatsApp sehingga menjadi kawan rapat.

Selepas itu, lelaki terbabit meminta bantuan kewangan daripada mangsa dengan alasan untuk membeli Skin Hero Mobile Legend.

Atas dasar percaya, penuntut itu mengirimkan wang kepada lelaki terbabit secara berperingkat ke dalam lima akaun yang berbeza.

Mangsa berasa tertipu apabila lelaki terbabit tidak memulangkan kembali wang yang dipinjam malah masih meminta wang.


Menyedari ditipu, penuntut itu kemudian membuat laporan polis semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Katanya, orang ramai dinasihatkan berhati-hati dengan kes penipuan scammer yang sudah banyak dihebahkan olis Diraja Malaysia (PDRM) dan lain-lain pihak serta laporan di media arus perdana.

"Jangan mudah percaya akan pujuk rayu daripada seseorang yang tidak pernah dikenali melalui media sosial," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote takkizawa 17-2-2023 10:31 AM
Mmg iols ni sangkak agaknya. Yela. Keje pun kerani aja. takde simpan duit bnyk tu nk kena scam. ????
Quote prettyuglybabe 17-2-2023 10:36 AM
pastu lagi mau mengeluh tak ada duit makan bla bla bla..
padahal student lagi mewah dari orang kerja gaji minimum ni..
Quote Adrif 17-2-2023 11:37 AM
banyak betul duit student tu

19 tahun simpanan RM50k? anak T20 eh?

ke lahir2 je terus kutip duit syiling kat lantai hospital, menabung setiap waktu?
Quote kucingitam 17-2-2023 12:10 PM
bnyknya duit student..
Quote myakayina 17-2-2023 12:40 PM
report polis pun belum tentu dpt blk duit ko dik..
Quote Burong_Hantuk 17-2-2023 01:33 PM
Senang2 jer kena scam

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 09:54 AM GMT+8 , Processed in 0.245658 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top