CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ahli Keluarga 'Baju Merah' Hubungi Caprice Dah Dipanggil Polis, Bagi Keterangan

17-2-2023 09:58 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1018| Komen: 1

“Kita sudah panggil ahli keluarga tersebut apabila perkara ini keluar di media. Kita rakam percakapan dan tanyakan perkara sebenar."

Demikian kata Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berhubung salah seorang ahli keluarga yang terlibat dalam insiden pergaduhan di sebuah inap desa di Batu Pahat susulan tindakannya menghubungi seorang influencer (pempengaruh), Caprice.


Tambahnya, tindakan memanggil seorang ahli keluarga berkenaan adalah bagi merekodkan percakapannya dengan Caprice.


Tangkap layar video tular kejadian pergaduhan di sebuah inap desa di Batu Pahat baru-baru ini - Foto: Sinar Harian

“Berdasarkan rakaman percakapan, didapati percakapan dia (ahli keluarga) konsisten seperti apa yang dia cakap dengan Caprice,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat pada Khamis.


Rabu lalu, salah seorang ahli keluarga 'baju merah' telah menghubungi Caprice menceritakan situasi di pihaknya.

Dakwanya lagi, mereka sekeluarga telah menempah inap desa berkenaan untuk aktiviti keluarga selama tiga hari dua malam.

Pada hari kedua mereka mengadakan aktiviti sukaneka menjadikan suasana ketika itu bising kerana masing-masing sedang berseronok dengan aktiviti bersama keluarga.

Bagaimanapun, mereka tiba-tiba ditegur oleh seorang pengunjung wanita kerana dikatakan terlalu bising hingga mengganggunya.

“Kita percaya, kes tersebut berpunca daripada perselisihan faham. Satu pihak sudah sewa inap desa untuk hari keluarga, tetapi dalam masa sama masih ada pengunjung yang datang tke kolam mandi bersama anak-anaknya.

"Namun, pengunjung wanita berkenaan telah menegur bahawa terlalu bising hingga mengganggunya dan ketika itulah mungkin wanita itu keluar dan 'call' suaminya seterusnya berlakulah seperti apa yang tuan-tuan tengok (video tular) itu," katanya.

Difahamkan, siasatan berhubung kes berkenaan hampir selesai dan akan dirujuk kepada pengarah pendakwaan negeri. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 17-2-2023 04:14 PM
Kali ni meolls sokong si kepris tolong setel masalah kelaurag baju merah ni.. ekekek

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-10-2024 07:46 AM GMT+8 , Processed in 0.026717 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top