CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cinta Mati Katanya, Wanita Sanggup Curi Motor Dan Handphone Untuk Tampung Belanja Teman Lelaki Hari-Hari

17-2-2023 09:58 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 468| Komen: 1

JAKARTA – Seorang wanita berusia 20 tahun di Indonesia yang terlampau sayang dengan teman lelakinya sanggup melakukan jenayah dengan mencuri motosikal dan telefon bimbit.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Pontianak, Indra Asrainto berkata, “mangsanya adalah penduduk kampung yang memberikan pekerjaan kepada suspek sebagai pengasuh,” kata .


Menurut Indra, suspek berinisial NS yang merupakan penduduk di Pontianak Barat, Kalimantan Barat melakukan jenayah itu bersama kekasihnya, AB, 21, ketika rumah mangsa sunyi.

“Suspek membawa lari sebuah motosikal dan telefon bimbit milik mangsa,” kata Indra. 


Foto: Suara.com

Apabila pulang ke rumah, mangsa menyedari barang miliknya sudah hilang dan membuat laporan polis.

Suara.com melaporkan, berdasarkan pengakuan NS, dia melakukan jenayah tersebut atas permintaan kekasihnya, AB. Wang hasil curi itu digunakan untuk perbelanjaan harian mereka.


Kedua-dua suspek ditahan untuk tindakan undang-undang selanjutnya. –CARI

Sumber: kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 17-2-2023 01:47 PM
Sila mereput...sia2 jer buat kerja2 bodo ni demi jantan jongos berkerak

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 10:26 AM GMT+8 , Processed in 0.956476 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top