CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rumah Selangorku 3.0: Golongan Bujang Pun Mampu Miliki Rumah Di Selangor

17-2-2023 09:53 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1337| Komen: 11

KUALA LUMPUR – Golongan bujang dijangka mampu memiliki sekurang-kurangnya seunit rumah di kawasan bandar melalui dasar rumah mampu milik di bawah program Rumah Selangorku 3.0.

Exco Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan Negeri Selangor Rodziah Ismail berkata, kerajaan negeri memperkenalkan rumah satu bilik dengan keluasan 450 kaki persegi pada harga RM114,750 bagi memenuhi permintaan golongan belia di bawah 30 tahun yang bujang dan masih baru bekerja di kawasan pusat bandar.


Katanya, kerajaan negeri turut menawarkan rumah bagi golongan berkahwin iaitu dua, tiga dan empat bilik dengan keluasan rumah 600 kaki persegi hingga 900 kaki persegi pada harga jualan bermula RM153,000 hingga RM250,000.


Rodziah (tengah) menunjukkan buku Dasar Perumahan Mampu Milik Negeri Selangor Rumah Selangorku 3.0 selepas sidang akhbar Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Perumahan Dan Kesejahteraan Bandar Negeri Selangor di Pullman Bangsar di sini, hari ini. Foto: Kosmo


“Melalui penambahbaikan dasar Rumah Selangorku 3.0 dibuat dengan mengambil kira pelbagai aspek seperti zon pembangunan, komponen pembangunan, spesifiaksi, kawalan pembangunan dan penguatkuasaan dan sebagainya.

“Penyediaan rumah satu bilik dan dua bilik ini telah dilaksanakan di negara maju di mana ianya realistik untuk dibangunkan di kawasan berkepadatan tinggi.

“Oleh yang demikian, dasar Rumah Selangorku 3.0 ini mensyaratkan penyediaan rumah jenis tersebut dibangunkan dikawasan pembanguan berorientasikan transit (TOD), pembangunan bersebelahan transit (TAD), kawasan pusat perniagaan (CBD) dan di kawasan Majlis Bandaraya di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Tetap (STANDCO) Perumahan dan Kesejahteraan Bandar Negeri Selangor Bilangan 1 2023 di sini, hari ini.

Tambahnya, statistik yang diperolehi menunjukkan sebanyak 55 peratus pemohon Rumah Selangorku terdiri kumpulan berusia 29 tahun ke bawah, 44 peratus berumur 30 hingga 49 tahun, manakala 1 peratus membabitkan golongan berusia 50 tahun ke atas.

Ujarnya, kerajaan negeri juga memikirkan kaedah bagi memudahkan pembeli rumah pertama di mana setiap pembelian Rumah Selangorku kali ini adalah termasuk kos guaman, kos pindah milik dan kos penyelenggaraan selama dua tahun oleh pemaju.

“Kita sudah langkah satu era baharu dalam pembangunan perumahan yang lebih mampan dan kondusif dan harap ia dapat beri momentum dalam merancakkan sektor pembinaan perumahan di negeri ini.

“Kerajaan negeri harap dasar ini dapat mendukung kestabilan sektor hartanah perumahan di Selangor untuk terus bertahan dan beri impak besar kepada pemulihan ekonomi,” katanya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kelip2_07 17-2-2023 10:14 AM
bgtau pemaju buat umah tu biarlah semenggah sikit..
Quote tripleid 17-2-2023 10:19 AM
untunglah ummah Selangor..
Quote white_musk 17-2-2023 10:29 AM
Lokasi strategik katanya...
adakah di petaling jaya? atau usj ataukah di puncak alam nun?
Quote white_musk 17-2-2023 10:30 AM
kelip2_07 replied at 17-2-2023 10:14 AM
bgtau pemaju buat umah tu biarlah semenggah sikit..

Semenggah seperti rumah flat Cinta di jalan U-thant kah?
Quote supernaturalee 17-2-2023 10:32 AM
450 kaki persegi pada harga RM114,750


dh la kecik. mahal pulak tu

mehhh


Quote white_musk 17-2-2023 10:48 AM
supernaturalee replied at 17-2-2023 10:32 AM
dh la kecik. mahal pulak tu

mehhh

kan banyak lagi rumah murah batang kali, lembah beringin... kalau nak rumah di jalan U-thant tak dapat la dik
Quote myakayina 17-2-2023 10:48 AM
tapi sold je rsku ni..walau ceruk mana..
Quote kelip2_07 17-2-2023 12:46 PM
white_musk replied at 17-2-2023 10:30 AM
Semenggah seperti rumah flat Cinta di jalan U-thant kah?

xde la mcm tu..klu dh jual 220k tu jgn la smpai bocor x sdh2..dh repair pn bocor bkn umah lama..umah br

xkn la org beli umah 220k ke bwh nk hrpkn umah mcm kondo  plk
Quote insulin 17-2-2023 12:49 PM
Mohon rumah2 ni dibina berdekatan sistem pengangkutan awam yang baik. Pastu kena ada mekanisme khas supaya yang betul2 memerlukan sahaja yang dapat beli.
Quote Meiizu 17-2-2023 01:02 PM
Edited by Meiizu at 17-2-2023 01:04 PM

Jgnlah patah balik buat style lama.
New rules ni dah elok rumah mesti 3bilik.
Developer akan ambil kesempatan rumah 1-2bilik tu mcm harga rumah 3blk skrg and then...harga 3blk akan naik lagi.Sampai sudah laa govmt tunduk kehendak developer
Quote cikkilata 17-2-2023 01:49 PM
Baru ni ada dpt offer rsku ni.. kat area bandar kajang.. 3R3B.. 1000++sqf.. harga 262k.. mula2 ingat scammer... sbb harga n location mcm x logik je.. tp bila check2 mmg betul rsku.. ????

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 10:00 AM GMT+8 , Processed in 0.124287 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top