CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Hidap Sakit Mental Maut, Orang Kampung Terkejut Jumpa RM29 Ribu Tunai Disimpan Dalam Rumahnya

17-2-2023 09:48 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1511| Komen: 9

JAKARTA – Penduduk sebuah kampung di Depok, wilayah Jawa Barat terkejut apabila menemui wang simpanan milik seorang lelaki yang menghidap masalah mental berjumlah 100 juta rupiah (RM29,005) di rumahnya, lapor portal berita Okezone.


Lelaki tersebut yang dikenali sebagai Minan, sebelum itu meninggal dunia.

Ketika hidupnya, dia dikatakan sering menerima wang sumbangan orang ramai yang bersimpati melihat  keadaannya.


Foto: istimewa

“Arwah tidak meminta-minta tetapi menerima sumbangan daripada orang yang keluar masuk ke stesen minyak dan dikumpul selama berpuluh-puluh tahun.

“Sebelum meninggal dunia, dia dikhabarkan jatuh sakit dan hidup sebatang kara,” demikian menurut keterangan daripada sebuah klip video yang dikongsikan di media sosial.

Berdasarkan video tersebut, beberapa orang dilihat mengumpul dan mengira wang di rumah Minan.


“Kami menemui wang dalam rumah Minan yang selepas dikira, ia berjumlah 100 juta rupiah (RM29,005),” kata hantaran tersebut. –CARI

Sumber: kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kelip2_07 17-2-2023 09:49 AM
pastu duit tu bwk ke mane?
Quote Themilo 17-2-2023 09:57 AM
kelip2_07 replied at 17-2-2023 01:49 AM
pastu duit tu bwk ke mane?

orang kampung kaut ke?
Quote kelip2_07 17-2-2023 10:10 AM

rs nye msk poket masing2
Quote takkizawa 17-2-2023 10:34 AM
Tak kannn lah umah yendon muslim nk sauk masuk poket sendiri. Mesti diderma ke masjid untuk guna upgrade pasang ekon ngan karpet supaya ibadah lebih selesa.
Quote Abahmung 17-2-2023 10:44 AM
lebih afdal kalu diderma ke masjid
Quote vanillaninja 17-2-2023 12:12 PM
Jangan theyols berpakat nak amik bahagian masing2 lepas siap mengira dah la.
Quote Burong_Hantuk 17-2-2023 01:34 PM
Murah rezeki si mati ni
Quote myakayina 17-2-2023 03:27 PM
klu kaut masuk poket memasing mmg jiran dari nerakalah..hrp dorg derma ke tempat yg sepatutnya lah..dpt gak pahala pada si mati..
Quote Jitu 17-2-2023 04:29 PM
tak kena makan anai2 pulak puluh2 tahun simpan
nnt ada la tu mengaku waris si mati

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 10:42 AM GMT+8 , Processed in 0.254288 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top