CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Tua Hampir Temui Ajal Langgar Lubang Maut, Rupa-Rupanya Ramai Dah Tergolek Jatuh Atas Jalan Sama

17-2-2023 09:44 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1074| Komen: 8

BERA – Seorang warga emas nyaris maut apabila motosikal ditungganginya melanggar lubang sebelum dia terjatuh ke atas jalan di Jalan Triang Lama di sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.20 pagi itu, mangsa, Jama Rusly­ Amin, 76, cedera di lutut kanan dan calar di muka akibat terjatuh daripada motosikalnya.


Kejadian itu adalah yang ke­dua selepas kes seorang penunggang motosikal menemui ajal akibat terlanggar lubang di Temerloh minggu lalu.


Foto: Kosmo

Anak mangsa, Noradham Jama Rusly, 40, berkata, bapanya se­ring ke Bandar Triang dengan me­nunggang motosikal dan pada hari kejadian, lelaki itu keluar rumah seawal pukul 8 pagi.

“Bapa memang tahu jalan di situ selalu rosak, cuma semalam (kelmarin) dia tidak perasan lubang itu semakin besar.

“Lubang-lubang di situ ditutup dengan batu, mungkin abah tidak dapat kawal motosikal sebab faktor usia menyebabkan motosikal tergelincir,” katanya.


Susulan kejadian itu, pihak berkuasa telah memulakan kerja-­kerja baik pulih jalan petang semalam selain meletakkan kon dan tanda tanda sebagai peringatan kepada pengguna.

Sehubungan itu, Noradham berharap supaya jalan yang rosak ini dapat dibaiki dengan sempurna demi keselamatan pengguna jalan raya bukan sekadar menampal berulang kali.

“Saya sedia maklum, jalan itu telah dibaiki berulang kali tetapi masih berlubang di tempat yang sama, janganlah sekadar buat, bila berlubang tampal tapi cara kerja tidak berkualiti, biarlah buat betul-betul,” jelasnya.

Seorang ­penduduk, Azman Jainudin, 60, berkata, dia juga pernah kemala­ngan selepas terjatuh akibat terlanggar lubang di jalan sama ­minggu lalu.

Katanya, ketika itu tayar motosikal terperosok ke dalam lubang jalan menyebabkan dia terjatuh.

“Masa kejadian kira-kira pukul 8 malam, saya mahu ke Bandar Triang. Dalam keadaan gelap, saya tak perasan lubang, saya cedera di bahagian kaki dan ta­ngan kiri, selain sakit bahagian dada dan kepala akibat hentakan semasa jatuh,” ujarnya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 17-2-2023 09:48 AM
Ini lerr Malaysia...buat report pun x ada apa tindakan
Quote kepompong 17-2-2023 09:49 AM
anak i bbrp hari lepas pun accident langgar lubang … & lubang sama dah pecahkan tayar motor & kereta org lain. Tapi masih macam tu je lubang tu aman2 berlubang
Quote Zazama 17-2-2023 09:50 AM
Alhamdulillah pakcik tu tak apa2. Setakat warga emas yg jatuh, tak ada sapa nak kesah pun. Lainlah kalau..tuut..
Quote kelip2_07 17-2-2023 09:53 AM
blh xde tindakn lg..mane pihak yg bertggungjwb nie?
Quote zuliana29 17-2-2023 09:56 AM
Allahuakbar. semoga pakcik ni cpt sembuh.
Mohon Perbandaran/Majlis Daerah cpt la ambik tindakan huhu.. jgn ckp bajet tak ada lg. huhu
Quote Nnasda53 17-2-2023 09:58 AM
Moga pakcik segera sembuh.
Dah lama kisah jalanraya malaysia mmg teruk.
Tapi tu lah..
Quote cikatilia 17-2-2023 10:19 AM
rakyat marhaen kot...
hidup lagi plak kan.. kena tunggu beeeeep jatuh walau sekadar secalit batu melekat kat lutut.. tu serious okeh.
Quote VespaSilbe 17-2-2023 10:35 AM
Nyawa marhein tadak nilai
Basikal kj lagi bernilai gitchew
Dok opis makan ayam kepak ke.. tiap tahun boleh holiday oversea dok apahai

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 09:46 AM GMT+8 , Processed in 0.614009 second(s), 40 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top