Seorang wanita yang merupakan peniaga nasi lemak RM1 dimarahI seorang lelaki dipercayai pengusaha kantin oleh kerana didakwa menutup periuk nasinya. Menurut pemilik TikTok @Teacher Aina Home Tuition, kejadian itu berlaku semalam, yang mana lelaki berkenaan menyerangnya serta mendakwa dia menutup jalan utama sekali gus menyebabkan perniagaan lelaki terbabit terjejas.
“Akak tutup jalan kami. Kalau nasi lemak akak RM1, matilah kami dekat dalam (kantin),” kata lelaki terbabit. “Nasi lemak abang tak habis jadi abang nak salahkan saya ke?” soal Aina. Menerusi video berdurasi hampir tujuh minit itu, individu berkenaan turut bertindak mempersenda keadaan fizikal peniaga wanita tersebut. Sehubungan itu, lelaki tersebut meminta pemilik TikTok terbabit supaya berniaga di kawasan lain sebelum dia mengambil tindakan melaporkan hal itu kepada pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
“Sini akak potong (jual) RM1 sedangkan saya jual nasi lemak di dalam (kantin) RM3,”ujarnya. Pada masa sama, seorang lagi lelaki dilihat cuba menenangkan keadaan dan berusaha meleraikan pergaduhan mulut yang tercetus antara mereka berdua. – CARI Sumber: Kosmo
|
AznieBunnie replied at 17-2-2023 10:00 AM
nasi lemak dalam sekolah RM3?
gila mahai! ada lauk apa dalam tu? belangkas? sotong kurita?
Zack8hunter replied at 17-2-2023 10:10 AM
kantin kilang kot
Nnasda53 replied at 17-2-2023 10:06 AM
Nasi lemak kantin rm3..mmg mahal la.
Tapi kalau sedap mahal pun org beli.
toynme replied at 17-2-2023 10:35 AM
orang tu tender bayo sewa ape segala...kakak pulak bukak payung mana tak ngamok
Nnasda53 replied at 17-2-2023 10:38 AM
Buat je report tak payah gaduh2.
Gaduh2 ni menyekat rezeki sendiri je.
toynme replied at 17-2-2023 11:19 AM
betui tu.....tapi zaman now ni kena viral dulu....kakak tu pun tgh buat live mmg org terus record ...
ADVERTISEMENT