CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Seksa Besarkan 8 Orang Anak Seorang Diri, Yang Sulung Tak Kerja Jaga Adik Di Rumah

17-2-2023 09:35 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2272| Komen: 26

SHAH ALAM – Kesempitan hidup tidak membataskan kasih sayang seorang wanita yang cekal membesarkan lapan anaknya dengan sumber kewangan terhad sejak tiga tahun lalu selepas kematian suaminya.

Mazara Mat Zain, 48, berkata, pendapatan bulanannya seba­nyak RM1,500 habis digunakan untuk keperluan harian bersama anak-anaknya yang berusia antara 6 hingga 20 tahun.

Kata pekerja syarikat logistik itu, lima anaknya masih bersekolah dengan seorang daripada­nya sedang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).


Foto:Kosmo

“Suami, Allahyarham Zamri Mohamed, 46, meninggal dunia pada 2019 akibat kanser paru-paru. Sejak itu, hidup kami sekeluarga ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

“Pendapatan yang saya terima memang cukup-cukup setiap bulan selain dibantu pusat kebajikan yang sering memberikan makanan setiap minggu,” kata­nya di rumahnya di Apartment Taman Desa Ria di sini baru-baru ini.


Ibu tunggal itu berkata, anak sulungnya berusia 20 tahun yang masih tidak mempunyai pekerjaan telah membantunya menjaga adik-beradiknya ketika dia keluar bekerja.

“Tipu kalau saya cakap tidak terbeban memandangkan saya membesarkan anak-anak seorang diri, namun saya perlu kuat demi anak-anak. Hendak me­minta-minta segan, sebab kudrat pun masih ada.

“Namun, saya bersyukur apabila terdapat individu tertentu yang secara sukarela dan sudi membelikan kelengkapan persekolahan beg dan peralatan tulis untuk anak-anak,” ujarnya.

Menurutnya, dia pernah memohon bantuan Lembaga Zakat Selangor sebelum ini, namun setakat ini belum diketahui status permohonannya.

Orang ramai yang ingin memberikan sumbangan boleh berbuat demikian menerusi akaun CIMB bernombor 7008317781 atau menghubungi Mazara di talian 011-2316 0075. -CARI

Sumner: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote talapia 17-2-2023 09:56 AM
anak yg 20 tahun tu.. selain uruskan adik2 kt umah.. bole cuba buat keje yg sesuai.. atau.. cuba cari keje kt luar.. yg lebih tinggi gajinya.. keje kilang siap OT bole dapat 2k lebih dik.. kalau kau dapat keje lagi elok.. tukarla.. mak kau dok umah jaga anak2.. sambil2 bole gak masak nasi lemak bungkus.. amik order ke..

kalau harap mak nye yg keje.. mmg tarap tu je la dapat gajinya..
Quote nuralisa 17-2-2023 10:01 AM
talapia replied at 17-2-2023 09:56 AM
anak yg 20 tahun tu.. selain uruskan adik2 kt umah.. bole cuba buat keje yg sesuai.. atau.. cuba car ...

ada org dia mcm x nampak berapa bnyak peluang depan mata ..sbnrnya duduk rumah anak dia boleh je jana pendapatan .. tolong2 mak dia ..
buat online.. macam2 skrg ni..

Quote talapia 17-2-2023 10:12 AM
nuralisa replied at 17-2-2023 10:01 AM
ada org dia mcm x nampak berapa bnyak peluang depan mata ..sbnrnya duduk rumah anak dia boleh je j ...

mungkin sebab pendedahan.. persekitaran kot..

merasa selesa dengan apa yg ada sejak dulu.
atau.. pasrah

sedangkan usia anak 20 tahun.. sangat berpotensi besar untuk berjaya..
bole mohon kursus2 kemahiran dari institut kemahiran mana2 ke..
pusat zakat pon patut bole suggest untuk improve hidup orang mcm ni.. ajar kemahiran kt dorang

ajar menjahit ke.. memasak ke..
pastu bole la bagi modal permulaan..
takkan selamanya nk bergantung harap kt elaun 300 sebulan
Quote OsHiN_hOnEy 17-2-2023 10:19 AM
takpa skrg jer susah sikit
nanti yg dah besar2 tu kerja
ok dah kehidupan dorg

ada kawan ni balu anak 5
bijak2 anak dia
yg sulung berkorban jadi kelindan lori
jadi adik2 dpt tumpukan pada pelajaran mereka
1 dlm kepolisian
1 stpm
yg kecil 2 lagi pun cemerlang dlm pelajaran
ibu kerja asuh anak2 cikgu
bangun pukul 3pagi amik tempahan mcm2 htr kat gerai2
ada sorg cina ni, setiap tahun akan belikan anak2 dia kelengkapan sekolah
baik apek tu - dia ada kedai jual kelengkapan sekolah dgn beg sepaut

dia tak pernah merungut kata hidup susah
suami dia meninggal jatuh dlm tandas
atas pangkuan dia - sempat tinggalkan pesanan
'jaga anak2 sampai jadi org'

hidup ni sesusah mana pun
kalo rajin insyaAllah tak lapar
Quote copy_paste 17-2-2023 10:38 AM
arwah suami dia ada adik beradik lelaki atau bapa?
ramai yg x ambil tahu soal tgwb, kalau bab harta ramai pula yg menuntut,
Quote Rajawali 17-2-2023 10:38 AM
tumpang baca tulisan 'pakar pakar'ekonomi dan mereka yang dah kaya raya kat sini ye..
Quote ally9970 17-2-2023 10:38 AM
Walaupun susah, kalau ada anak2 yg baik, hidup akan jadi tak susah...
Walaupun senang, kalau ada anak2 yg tak jadi orang, hidup akan jadi tak senang jugak...
Quote ajinomotonosuga 17-2-2023 10:49 AM
talapia replied at 17-2-2023 09:56 AM
anak yg 20 tahun tu.. selain uruskan adik2 kt umah.. bole cuba buat keje yg sesuai.. atau.. cuba car ...

Berat mata memandang ringan molot berkata lagi berat bahu yg memikul
Quote ajinomotonosuga 17-2-2023 10:53 AM
ally9970 replied at 17-2-2023 10:38 AM
Walaupun susah, kalau ada anak2 yg baik, hidup akan jadi tak susah...
Walaupun senang, kalau ada ana ...

Tak de orang mesia kebulurrrr

Tu kat Yaman Syria..budak MKN rumputttt...cari debu roti di jalan haaa

Syukur bebanyak lahir baka Islammmmm lahir kat Mesia ..berjuta jutaaaa orang mai nk duk n cari MKN di mesia..tak Caya tanya Abam Rohingya

Bertan tan sisa makanan..ada masih elok..niiiii nk puasa ni dok..berkali ganda tan tan sisa makanan orang media buang

Orang Luo mati tak makannnn

Orang mesia mati Sb makan

Allahhhhuakhbar
Quote adila39 17-2-2023 11:02 AM
harap jabatan zakat  permudahkanlah..depa survive cuma tak mewahla..but i hope anak anak akan habis sekolah dgn baik Ameen ya Allah
Quote Nnasda53 17-2-2023 11:04 AM
Yang senang dan selesa hidup pun ramai yg dari kalangan org susah juga.
Jadi kalau ada yg berkongsi pengalaman tu ambil la sbg panduan.

Quote gideoncross 17-2-2023 12:19 PM
Edited by gideoncross at 17-2-2023 12:21 PM
Rajawali replied at 17-2-2023 10:38 AM
tumpang baca tulisan 'pakar pakar'ekonomi dan mereka yang dah kaya raya kat sini ye..

Cri krja skrg bukn snang, org ckp mmg snang apply itu ini tpi klau x d pnggil brkrja? Sma jugak sakit hti. Skrg ni pling snang klau ambil upah, boleh lh pass utk shari.
Quote Orix 17-2-2023 12:27 PM
talapia replied at 17-2-2023 09:56 AM
anak yg 20 tahun tu.. selain uruskan adik2 kt umah.. bole cuba buat keje yg sesuai.. atau.. cuba car ...

setuju sangatttt.... anaknya pun boleh buat 2 kerja.. shift pagi kerja 99 speedmart ke pastu petang smpai malam 7e ke...  sebulan 3k dah... kalo kerja kilang pun hari2 OT boleh dpt 3-4k lah...
Quote green~tea 17-2-2023 12:30 PM
Orix replied at 17-2-2023 12:27 PM
setuju sangatttt.... anaknya pun boleh buat 2 kerja.. shift pagi kerja 99 speedmart ke pastu petan ...

Khuens.. speedmart, 7e merata2 dan banyak gila kedai2 duk cari pekerja... 5k pun ado.... ni duk shah alam.. mmg peluang di mana2..

Bukan duk kat ceruk tok kun
Quote emera 17-2-2023 12:59 PM
7E tpt acik ni sampai kena tutup pukul 9mlm sbb xde pekerja. Dlm group komuniti, tokey kedai/restoran merayu2 carik pekerja.
Quote prettyuglybabe 17-2-2023 01:03 PM
anak 8, 5 je masih sekolah..
yang lagi 3 tu buat apa?
anak sulung tu dok rumah jaga adik, apa kata amik anak asuhan 2 3 orang..
dapat jugak 4 6 ratus sebulan..
dah alang-alang dok rumah kan..
area shah alam tu mesti ramai nak pengasuh..
Quote arasham 17-2-2023 01:07 PM
adila39 replied at 17-2-2023 11:02 AM
harap jabatan zakat  permudahkanlah..depa survive cuma tak mewahla..but i hope anak anak akan habis  ...

Untuk zakat, beliau duduk di bahagian asnaf yg mana? Fakir atau miskin. Kalau confirm bahagian asnafnya ayuh kita bantu.
Quote FlexyFox 17-2-2023 01:28 PM
Edited by FlexyFox at 17-2-2023 01:31 PM

Macam-macam lah kesusahan. Kesian tenguk. I wonder suami dia dulu kerja apa.Ramainya anak sampai 8. Dulu2 orang kampung anak ramai tapi tak kaya pun, mereka memudahkan pekerjaan ibubapa sebab mereka boleh membantu di sawah dan ladang ikut peringkat umur. Sekarang ni anak ramai tapi jadi beban la pula kalau ibubapa tak mampu.  Haih... entahlah... kemiskinan ni amat menyedihkan. I rasa pasangan kena tenguk ekonomi rumahtangga sebelum tentukan berapa ramai nak beranak dan fikir kalau suami mati atau sakit, mampu ke tak isteri nak sara anak2 seorang diri.
Quote Burong_Hantuk 17-2-2023 01:31 PM
Ank sulung tu klu blh jgn cerewet cari kerja..kesian pd mak tu tanggung fmly sorg2

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 09:54 AM GMT+8 , Processed in 0.658784 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top