Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini mendenda penghantar makanan yang didapati bersalah mengambil gambar dan video seorang wanita sedang mandi di sebuah pangsapuri bulan lalu. Majistret Noorelynna Hanim Abd Halim mengarahkan Mohd Khalis Rusli, 32, membayar RM4,500 selepas lelaki itu mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.
Kosmo! Online melaporkan, tertuduh boleh dipenjara empat bulan jika gagal membuat pembayaran dan tertuduh membayar denda itu. Mengikut pertuduhan, pemuda itu didakwa telah mengaibkan kehormatan seseorang wanita berusia 28 tahun, dengan cara mengambil gambar dan video mangsa sedang mandi melalui telefon bimbit jenis Iphone X di sebuah unit pangsapuri di Jalan Tasik Permaisuri, di sini pada pukul 3 pagi pada 13 Januari lalu.
Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda, atau dengan kedua-duanya. Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu mehkamah mengenakan denda pada kadar rendah kerana baharu sahaja mendapat kerja awal bulan ini selain perlu menanggung ibu bapa dan adik-beradik. Timbalan Pendakwa Raya, Nor Aisyah Mohamed Zanyuin bagaimanapun mencadangkan tertuduh dikenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran kerana tindakannya telah mengaibkan mangsa. - CARI |
Perawankota replied at 16-2-2023 08:16 PM
Terok nau perangaiii
TOPwind replied at 17-2-2023 05:23 AM
betulii
bayarlah Amoi RM30
TOPwind: betuliibayarlah Amoi RM30siap dapat pegangnak yg lain tambah sikit RM lah
TOPwind replied at 17-2-2023 05:23 AM
betulii
bayarlah Amoi RM30
ADVERTISEMENT