CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dibunuh Tunang Dengan Sepana Kerana Tuduh Perkosa Lembu

16-2-2023 07:33 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 695| Komen: 0

Lelaki dari Ende, wilayah Nusa Tenggara Timur membunuh tunangnya menggunakan sepana hanya kerana berang dituduh melakukan hubungan seks dengan seekor lembu.

Coconuts dipetik Kosmo! Online melaporkan, Ketua Unit Jenayah Polis Ende, Yance Kadiaman berkata, suspek dikenali dengan inisial MO, 44, menyerang mangsa, AR, 35, sebanyak dua kali, di mana kali pertama berlaku pada 4 Februari lalu.



Gambar hiasan

Menurut laporan, dalam serangan itu suspek menyerang mangsa menggunakan tangan kosong. 

Manakala serangan kedua dilakukan pada 7 Februari di mana suspek dilaporkan memukul mangsa menggunakan sepana, menyebabkan wanita itu cedera parah.

Mangsa disahkan meninggal dunia keesokan harinya di hospital kerana mengalami kerosakan pada otak.

“Suspek marah terhadap mangsa kerana menuduhnya bersekedudukan dan melakukan hubungan seks dengan seekor lembu di ladang mereka,” kata Yance.


MO berdepan hukuman penjara 15 tahun, jika didapati bersalah dalam jenayah itu. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 09:52 AM GMT+8 , Processed in 0.070820 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top