CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kerajaan Tak Benarkan Pengeluaran Sebab Simpanan KWSP Dah Susut 50 Peratus

16-2-2023 06:54 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2276| Komen: 24


Kerajaan menegaskan untuk tidak lagi membenarkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memandangkan lebih separuh simpanan susut.

Utusan melaporkan, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, 51.5 peratus iaitu 6.7 juta daripada 13.1 juta ahli berumur 55 tahun mempunyai simpanan RM10,000.



Gambar hiasan

Ia antara sebab mengapa keputusan itu diambil, malah mereka yang mempunyai simpanan kurang dari RM10,000 itu melibatkan kumpulan B40 dan M40.

“Jumlah simpanan antara kaum juga meluas purata simpanan ahli Melayu yang melibatkan 7 juta ahli pada April 2020 sebelum dibenarkan pengeluaran ialah RM16,900 tetapi pada 2022 hanya tinggal RM5,500 sahaja.

“Peratusan penurunan ahli bumiputera lain sebanyak 1.4 juta ahli daripada RM10,600 turun kepada RM3,300 sahaja yang tinggal dalam simpanan.

“Oleh kerana itulah mengapa kita tidak bercadang untuk memberikan lagi pengeluaran ini,” kata Ahmad dalam sidang akhbar di lobi Parlimen, hari ini.


Mengulas lanjut, Ahmad Maslan turut berkata, keputusan itu juga mengambil kita pandemik Covid-19 telahpun selesai, malah moratorium pinjaman dan pemberian subsidi upah juga sudah tidak diteruskan.

Selain itu, jumlah purata simpanan ahli melibatkan semua kaum telah berkurangan sebanyak 50 peratus iaitu RM16,100 pada 2019 iaitu sebelum Covid-19 melanda kepada RM8,100 selepas pengeluaran dibenarkan.

Tambah beliau, sebanyak RM145 billion telah dikeluarkan oleh 8.1 juta ahli semasa Covid-19 melanda negara.

Mengikut pecahan seramai 5.3 juta ahli mengeluarkan RM20.8 billion dalam skim i-Lestari, 6.6 juta ahli mengeluarkan RM58.7 billion dalam i-Sinar, 5.5 juta ahli mengeluarkan RM1.4 dalam i-Citra.

Manakala 6 juta ahli membuat pengeluaran khas sebanyak RM4.6 billion dari April hingga mei 2022. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zazama 16-2-2023 06:57 PM
Simpan masa senang ke kwsp = Senang.
Keluar masa susah dari kwsp  = Susah.
Quote cmf_premierleag 16-2-2023 07:00 PM
Aku tersenyum sinisss baca komen netizen yg ckp depa lagi reti nk manage duit persaraan diorg sendiri
Depa ni lupa agaknya
Kalo kwsp x wujud dan x wajib, ko punya portion epf yg caruman dr bhgn majikan pun ko takkan dapat ya
Quote habisnamadahni 17-2-2023 08:43 AM
cmf_premierleag: Aku tersenyum sinisss baca kom ...
iols bawak keluar jgk..tapi iols tak pakai..iols letak asb
Quote ifanonline 17-2-2023 09:29 AM
bangsa melayu ni suka beli benda yg bukan2...semata-mata nak tunjuk dlm sosial media..kerajaan taknak benda tu berlaku...keluar duit EPF beli lambo la, ferrari la, iphone la, cuti europe la, besar tetek la, etc
Quote Burong_Hantuk 17-2-2023 09:31 AM
Keputusan yg tepat...
Quote s@s@ 17-2-2023 09:41 AM
b40 x payah la kasi keluar, dah dapat bantuan rahmah.
kasi la yg x dapat bantuan keluar.
letak syarat 10% je boleh keluar, xde lah akan jadi susut sampai 50%
Quote kelip2_07 17-2-2023 09:44 AM
beli bnda2 xde faedah tu mmg ptut xyah bwk kuar..beli emas tp simpan utk ms terdesak tu btl..menteri nie ko tau x dgn duit epf nie la rkyt trskn idup..lupe la tu ms covid smpai ade kibar bendera putih..yg catu mkn nk plk keje gj xseberape
Quote tipah89 17-2-2023 03:05 PM
keluarkan jela, tapi buat syarat yg ada simpanan min 10 k, and buat 10 percent je.. ntah aku rasa masa pandemic n post pandemic, actually gol. m 40 yg paling terkesan..bantuan byk xdpt...
Quote fairiza 17-2-2023 03:14 PM
Tunggu je la belanjawan bentang next week kan? Insha allah ada la tu depa nak bg. Sabo naaaa. Mana la tau depa nak bg segedebuk untung gak kwsp x usik duit pun dapattt.
Quote akakmasihvogue 17-2-2023 03:30 PM
Esok dah licin kwsp tu  berteriak  juga. ...nak korek tang mana plak
Quote Noraniza_Iblis 17-2-2023 03:35 PM
aku tkde la terdesak pun,
kalau dibagi keluar..aku bwk je keluar.
sbb bkn tentu hidup ke tak lg..
smpai umo 55 tu..
Quote mat_arof 17-2-2023 03:43 PM
aku pun ada EPF tapi aku x nak keluarkan sebab simpan untuk kegunaan bila dah tua bangka nanti...

Quote mat_arof 17-2-2023 03:45 PM
akakmasihvogue replied at 17-2-2023 03:30 PM
Esok dah licin kwsp tu  berteriak  juga. ...nak korek tang mana plak

dah habis guna KWSP tu...nanti menyalak salahkan kerajaan sebab x tolong lar..x dpt bantuan larr
itulah perangai aku paling benci...
Quote Nnasda53 17-2-2023 03:51 PM
cmf_premierleag replied at 16-2-2023 07:00 PM
Aku tersenyum sinisss baca komen netizen yg ckp depa lagi reti nk manage duit persaraan diorg sendir ...

Apa susah dah habis duit hari tua nanti daftarkan la diri sbg asnaf.Kalau kali ni dah bg percayala lepas ni pasti ini je la jalannya kuar selagi belum habis.


Quote Nnasda53 17-2-2023 03:52 PM
Tadi tertengok live ramai berhimpun sbb kwsp ni.
Tapi iols tak nampak pun midin atau geng2 pembangkang yg konon prihatin sgt suh rakyat kuar kwsp ni.
Quote jfq 17-2-2023 03:57 PM
Bila nak announce dividen kwsp
Quote JamilBinAbu 17-2-2023 03:59 PM
habisnamadahni replied at 17-2-2023 08:43 AM
iols bawak keluar jgk..tapi iols tak pakai..iols letak asb

kalau tak guna & letak kat asb macam rugi je... sbb dividend EPF lagi tinggi drpd ASB. cash ASB tu kena tolak zakat, duit dalam EPF tak tolak zakat.
Quote habisnamadahni 17-2-2023 11:32 PM
JamilBinAbu replied at 17-2-2023 03:59 PM
kalau tak guna & letak kat asb macam rugi je... sbb dividend EPF lagi tinggi drpd ASB. cash ASB tu ...

oyeke..kali ni x keluarkan dh la..
Quote LoveSungmin 18-2-2023 11:46 PM
tipah89 replied at 17-2-2023 03:05 PM
keluarkan jela, tapi buat syarat yg ada simpanan min 10 k, and buat 10 percent je.. ntah aku rasa ma ...

i rasa simpanan minimum tu naikkan lagi, maybe RM50K?

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 10:24 AM GMT+8 , Processed in 0.460303 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top