CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Didera Lebih 12 Pegawai Penjara, Banduan Mati Dimasukkan Dalam Bilik Sejuk Beku

16-2-2023 06:18 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1235| Komen: 4

Seorang banduan lelaki berusia 33 tahun mati beku selepas diletakkan di dalam bilik sejuk beku dan kawasan sejuk lain oleh pengawal penjara di Montgomery.

Dakwaan itu dibuat keluarga mangsa, Anthony Tony Mitchell dalam tuntutan di mahkamah baru-baru ini, lapor New York Post.



New York Post

Menurut Harian Metro yang memetik laporan itu, keluarga berkenaan mendakwa mangsa didera lebih 12 pegawai penjara di Walker County dan mereka merancang menutup penganiayaan itu.

Ibunya, Margaret Mitchell yang bersedih dengan kematian itu berhujah bahawa anaknya berdepan keadaan seperti dalam neraka di penjara selama kira-kira dua minggu sebelum meninggal dunia selepas ditahan pada pertengahan Januari lalu.

Difahamkan, keluarga Tony memaklumkan dia mengalami ketagihan dadah selain menghadapi masalah kesihatan mental dan fizikal.


"Tony merana dalam keadaan berbogel dan mati akibat hipotermia pada awal pagi 26 Januari lalu dan peluangnya untuk terus hidup semakin tipis.

"Ramai pegawai dan kakitangan perubatan pergi ke pintu selnya yang terbuka untuk melihat dan terhibur dengan keadaannya," katanya.


New York Post

Seorang pegawai Syerif Walker County memberitahu saudaranya bahawa mangsa menerima bantuan ketika di penjara tetapi sebaliknya apabila dia didera dan dibogelkan.

Tuntutan itu turut menyatakan bahawa mangsa diikat pada kerusi dan diletakkan dalam bilik sejuk beku di dapur penjara atau persekitaran sejuk untuk masa yang lama sebagai bentuk hukuman.

Apabila dibawa ke hospital tempatan, suhu badannya hanya 72 darjah dan walaupun laporan bedah siasat belum dikeluarkan, jelas bahawa kematian Tony adalah akibat penderaan yang mengerikan, berniat jahat dan disengajakan.

Seorang doktor bilik kecemasan menyatakan dalam laporan perubatan bahawa sukar untuk memahami mengapa badan lelaki itu sejuk yang mungkin membawa kepada hipotermia dan tidak pasti sama ada dia terdedah kepada persekitaran sejuk, tulis doktor itu.

Selepas Mitchell ditemui di kawasan sejuk, rawatan perubatan ditangguhkan selama lima jam sebelum dia akhirnya menerima bantuan dan apabila tiba di hospital, dia sudah tidak sedarkan diri.

Bagaimnapun, keluarga mangsa menghargai pegawai penjara, Karen Kelly kerana menyimpan rakaman Mitchell di penjara dan pegawai itu turut menyaman Pejabat Sheriff Walker County atas pemberhentiannya selepas berkongsi video berkenaan.


New York Post

Peguam keluarga Mitchell, Jon Goldfarb dalam kenyataan menyelar penjara dan berkata, ia adalah kes penderaan banduan paling teruk yang pernah dilihat.

Mitchell ditahan pada 12 Januari oleh pihak berkuasa kerana didakwa melepaskan tembakan ke arah pihak berkuasa sebelum berjaya ditahan.

Polis turut menemui dadah methamphetamine, heroin serta merampas pistol digunakan semasa kejadian. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote habisnamadahni 17-2-2023 08:48 AM
pegawai tu tak sedar ke ada cctv ..
Quote Burong_Hantuk 17-2-2023 09:39 AM
Dasyatnya.....
Quote Burong_Hantuk 17-2-2023 09:43 AM
Rest in peace
Quote selipar_hijau 17-2-2023 10:17 AM
kesalahan jenayah dadah je ke dia ni atau mmg penjenayah kejam?

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 10:42 AM GMT+8 , Processed in 0.769893 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top