CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Awas Kes Demam Denggi Makin Meningkat, Dalam Bekas Sebesar 20sen Pun Nyamuk Aedes Boleh Membiak

16-2-2023 05:50 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 574| Komen: 3

SHAH ALAM – Selangor berdepan peningkatan kes demam denggi pada tahun depan sekiranya tiada kawalan dilakukan segera termasuk daripada penduduk negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam Negeri Selangor, Dr. Siti Mariah Mahmud berkata, berdasarkan rekod menunjukkan sebanyak 6,870 kes pada minggu keenam pada tahun ini dengan peningkatan sebanyak 141.4 peratus berbanding untuk tempoh sama pada tahun lalu.


Katanya, statistik tahunan pula mendapati sebanyak 72,543 kes pada tahun 2019, 2020(44,635), 2021 (15,741) dan pada tahun lalu sebanyak 37,545 kes.


Gambar Hiasan

“Hasil rekod turut menunjukkan sebanyak 56 kematian melibatkan denggi pada 2019, 2020 (37), 2021(2), 2022 (14) dan tahun ini sahaja sudah dua kematian.

“Berdasarkan kitaran demam denggi, setiap empat atau lima tahun kes berkaitannya akan meningkat terutama di Selangor,” katanya pada sidang akhbar mengenai pelaksanaan operasi bersepadu denggi negeri Selangor, hari ini.


Menurut beliau, sebanyak empat daerah di Selangor menunjukkan kumulatif kes denggi tertinggi iaitu Petaling, Hulu Langat, Klang dan Gombak.

Kata Siti Mariah, masyarakat harus tahu nyamuk Aedes boleh membiak walaupun dalam bekas air sebesar 20sen dengan nyamuk betina boleh bertelur sehingga 300 biji.

“Kitarannya untuk menetas hanya dalam tempoh seminggu dengan kesemua 300 biji telur itu, tiada satu pun nyamuk yang mati.

“Sekiranya tiada air, telur nyamuk Aedes ini boleh bertahan selama enam bulan,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau menegaskan Operasi Bersepadu Denggi Selangor (ODBS) telah dilaksanakan bermula semalam sehingga 22 Mac depan.

“Jadi, sekiranya kita menemui tempat pembiakan termasuk dalam rumah sekalipun akan dikenakan kompaun RM500.

“Lokasi yang dikenalpasti sebagai tempat wabak akan dipasangkan papan tanda. Kita mahu orang ramai bersama-sama hapuskan tempat pembiakan kerana cara fogging hanya membunuh nyamuk Aedes dewasa sahaja,” katanya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 16-2-2023 05:52 PM
Katanya, statistik tahunan pula mendapati sebanyak 72,543 kes pada tahun 2019, 2020(44,635), 2021 (15,741) dan pada tahun lalu sebanyak 37,545 kes.


wondering apa yg menyebabkan penurunan mendadak kes denggi pd 2021 ? Nyamuk aedes pun kena PKP lockdown ke ms tu ?
Quote rosedemon 17-2-2023 11:01 AM
jgn kena kat aku n family sudah
Quote kelip2_07 17-2-2023 12:48 PM
ooiii aku serik dh kena denggi..skitnye tuhan jer tau

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 10:05 AM GMT+8 , Processed in 0.093545 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top