Ibu lima anak nekad memandu kereta untuk meredah kepala air ketika banjir baru-baru ini. Dayna Nuku seperti dipetik dari Majoriti bersama keluarganya di dalam kereta itu sempat merakam kejadian tersebut sebelum dimuat naik dalam TikTok.
Katanya, dia tidak menerima sebarang notis pemindahan selain tidak menyangka kediamannya di Omahu, New Zealand dilanda banjir teruk selepas dibadai taufan Gabrielle. Bencana itu memaksa ratusan penduduk berpindah, manakala media melaporkan sekurang-kurangnya empat terkorban termasuk seorang kanak-kanak. "Saya hanya risaukan anak-anak saya. "Oleh itu, kami hanya angkat mana-mana barang yang sempat dan mendukung anak sebelum berpindah keluar dari rumah," katanya. Dalam video itu, kereta yang turut dinaiki abang dan kakak iparnya cuba sedaya upaya menaiki jambatan di Sungai Ngaruroro yang dinaiki air.
Walaupun arus semakin deras dan menyukarkan keadaan, namun mereka akhirnya selamat tiba di jambatan tersebut. Dakwanya, dia nekad berbuat demikian demi keselamatan keluarganya kerana tidak meraksan ada pihak akan datang menyelamatkan mereka. - CARI
|
ADVERTISEMENT