CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nurulhidayah Ahmad Zahid Rebut Jawatan Exco Wanita Dan Ketua Wanita Bahagian Bagan Datuk

16-2-2023 04:36 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1786| Komen: 22

Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid mengesahkan akan bertanding merebut jawatan Exco Wanita dan Ketua Wanita Bahagian Bagan Datuk dalam Pemilihan UMNO 2023-2026.

Ini sekali gus menafikan khabar angin yang mengatakan beliau menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Pergerakan Puteri UMNO.


Kata anak sulung Presiden UMNO ini, tidak pernah sekali pun keluar daripada mulutnya mengatakan akan merebut jawatan Ketua Puteri yang ditinggalkan penyandang, Datuk Zahida Zarik Khan dalam pemilihan parti kali ini.


Foto: Utusan

“Tidak pernah keluar dari mulut (tanding Ketua Puteri) dan tak minat untuk menyertai sayap itu kerana ketika itu anak-anak masih kecil.

“Sekarang anak sudah besar, sudah boleh lepas sikit-sikit. Ini masa untuk saya fikir memberi semula sumbangan kepada rakyat dan parti,” katanya yang ditemui selepas menyerahkan dokumen pencalonan di Auditorium Pejabat UMNO, Menara Dato’ Onn, di sini.


Tambahnya, beliau menyertai UMNO pada usia awal 40-an dan pada peringkat usia tersebut kurang sesuai untuk menyertai Puteri.

“Boleh sahaja jadi (tawar) menjadi Ketua Puteri tetapi saya lagi suka untuk memberi khidmat kepada Wanita.

“Puteri berperanan untuk menarik semula sokongan anak muda tetapi Wanita sudah agak masak, patut jadi ibu dalam parti yang menyediakan ramuan untuk pastikan anak cukup makan dan pakai.

“Saya rasa bertanggungjawab di situ bukan lagi untuk keluar macam orang muda yang lebih banyak tenaga sebaliknya menggunakan kepakaran dalam industri media dan media sosial untuk pembaharuan Wanita dalam parti selain mahu mengekalkan relevan Wanita dalam politik tanah air.-CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tintin22 16-2-2023 04:45 PM
Quote supernaturalee 16-2-2023 05:05 PM



Quote laksmanabentan 16-2-2023 05:09 PM
Ketua Wanita Umno
layak sgt nak rebut jawatan tu....

Naib Ketua Wanita Umno
Najwa Najib tu...

perhhh gandingan mantabbb...
Quote honeybee1802 16-2-2023 05:40 PM
Bakal menyambung legasi bapak la ni?kalo le umno tu wujud lg next election kan...
Quote Orix 16-2-2023 05:42 PM
jahanam dah umno ni.... adoi....
Quote mrseller 16-2-2023 05:52 PM
Kah lah kah umno lepas ni kita bagi 15 kerusi jer max
Quote Noraniza_Iblis 16-2-2023 05:56 PM
lepasni nmpk lg laa kaklong dok usung speaker kt pasar tani bagan datok..
dok nyanyi.."bagan datok.."
Quote tikusmontok 16-2-2023 06:06 PM
Ada meme muntah tak
Quote liyamariska 16-2-2023 07:27 PM

Kalu citer sal minah ni dgn politik, malas nk komen lelebih...
Quote zie_indah 16-2-2023 08:58 PM
Hampeh....
Quote Tinot7 16-2-2023 09:04 PM
Quote mr_cool5885 16-2-2023 09:14 PM
Noraniza_Iblis replied at 16-2-2023 05:56 PM
lepasni nmpk lg laa kaklong dok usung speaker kt pasar tani bagan datok..
dok nyanyi.."bagan datok.. ...

Mee sup sedap situ yong oiii
Quote CiliPadiSedap 16-2-2023 11:27 PM
dia beli confident kat mana ye? shopee?
Quote kitmal 16-2-2023 11:43 PM
ayah boleh tolong
Quote TOPwind 17-2-2023 05:26 AM
baguslah beri Generasi baru take over

dia ni berani dalam semua hal
Quote Adrif 17-2-2023 07:51 AM

takde. tapi emoticon lama ada     
Quote zuliana29 17-2-2023 07:53 AM
seiras betul ngan apak dia.. bagusla.. jg parti warisAN kepada keluarga anak cucu cicit coit
Quote Perwira2022 17-2-2023 08:05 AM
Dah jadi idola pujaan macai2 PH kan
Quote Flake123 17-2-2023 08:07 AM
Elok la ikut langkah cikgu bapakmu

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 10:16 AM GMT+8 , Processed in 0.078242 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top