CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

1.83 Juta Keping Tak Diguna, JPJ Rugi RM14.38 Juta Cetak Kad Lesen Memandu

16-2-2023 03:57 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2168| Komen: 13

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengalami kerugian RM14.38 juta membabitkan pembayaran perkhidmatan mencetak kad Lesan Memandu Malaysia (LLM), lapor BERNAMA.

"Perkara ini berlaku disebabkan kelemahan pemantauan JPJ terhadap peraturan dan perjanjian yang berkuat kuasa.


"Sebanyak 1.83 juta keping kad LLM tidak digunakan bernilai RM14.23 juta dan penalti sejumlah RM149,178 tidak dikenakan terhadap pelanggaran Service Level Agreement (SLA)," menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2021 Siri 2.


Gambar hiasan/Paultan

Justeru, beberapa perkara dicadangkan bagi mengatasi kelemahan yang berlaku di jabatan berkenaan.

"Antaranya, melakukan pemantauan terhadap penggunaan stok kad yang dibuat dari semasa ke semasa bagi memastikan penggunaan stok kad itu adalah secara optimum supaya tidak membazir.

"Memastikan SLA dipatuhi oleh syarikat dan sekiranya gagal, penalti atau denda akan dikenakan dengan segera," menurut laporan itu.


Tambahnya, jabatan itu perlu mengambil tindakan segera terhadap masalah berbangkit bagi memastikan pemantauan terhadap perkhidmatan dibuat dengan lebih berkesan. - CARI 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 16-2-2023 03:45 PM
Nanti walauntit guna alasan warga emas tolak perubahan padahal sendiri yang buta IT
Quote alesandra 16-2-2023 04:01 PM
Wee ka siong...what say you?smlm berdegar.ini audit negara punya report lehh...
Quote Firenzza 16-2-2023 05:03 PM
Dulu bkn main kecoh KPT tu blh merge lesen, tng, bank card bla2, siap ckp msia ngara pertama di donia pakai ic ada cip, usa, uk pun pakai ic plastik lg katanya penyudah pulis & jpj ckp x blh detect rekod dlm ic kena buat asing2, klau rkyt msia ada 40 juta dharab 2 kad (ic, lesen) gomen kena sediakan 80j kad..kata la 1 kad kos RM10 total dah RM8b.....instead 1 kad gomen dh blh save RM4b
Quote she 16-2-2023 06:32 PM
Boleh sesapa terangkan secara ringkas
Rumuskan kenapa rugi?

Macik konpius kita bayar lesen kan
Bayaran renew 30 tu tak meliputi harga pembuatan kad ke?
Macik renew 5 tahun sekali
Quote snowflakes 16-2-2023 07:48 PM
Bukan kita bayar ke? Ke ada subsidi jugak?
Quote VespaSilbe 16-2-2023 08:01 PM
Tak check stok kad ke
Cam mangkuk ayun jer.. boleh buang kut manusia tak pakai otak gini... Merugikan negara
Quote Tinot7 16-2-2023 08:10 PM
Deme nak wat lesen mandu digital ni, oberc recognize tak?
Quote Thunderclouds 16-2-2023 08:15 PM
Lemah..
Serba serbi lemahhh..
Tp gaji wajib naik tiap tahun.
Quote mr_cool5885 16-2-2023 10:02 PM
Nasib ade minyak je kita ni..
Quote wirazam 16-2-2023 11:32 PM
Firenzza replied at 16-2-2023 05:03 PM
Dulu bkn main kecoh KPT tu blh merge lesen, tng, bank card bla2, siap ckp msia ngara pertama di doni ...

Setujuuuu..knp X masuk data je dlm ic yg tercanggih tuh je
Quote kitmal 16-2-2023 11:45 PM
semua ahli politik yang sebelum ni diammmmmmmmmmmmmm wee ka siong???
Quote nur123 17-2-2023 05:55 AM
audit cakap Ada kad xpakai jadi patutnya habiskan dulu la kad ni Kan. tp sy jenis renew maksimum terus. klu blh sampai 10 tahun pun nk buat
Quote Simunggu 17-2-2023 08:20 AM
rata rata org tak dapat register MyJPJ sbb sudah register kononnya, bila buat password baru email pula mismatch pula...suruh pg kaunter JPJ...mcm org free sangat...kirim salam ja lah

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 10:24 AM GMT+8 , Processed in 0.789203 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top