CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak 2 Tahun Hilang Di Hutan Dah Ditemui! Bertenaga Walau 23 Jam Tak Makan Dan Minum

16-2-2023 03:34 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2143| Komen: 19

Kuching: Kanak-kanak lelaki yang hilang di hutan berdekatan Kuari Batu Perigi di Sematan, Lundu, semalam ditemui selamat selepas kira-kira 23 jam kehilangannya dilaporkan.

Mangsa, Muhammad Rayyan Bujang Abdul Qayyum, 2, ditemui pada jam 10 pagi kira-kira dua kilometer dari pos kawalan bomba (PKB) oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dengan bantuan anjing pengesan Unit K9 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Sarawak.


Penolong Pengarah Operasi JBPM Sarawak, Henderi Ardimansyah berkata, kanak-kanak itu ditemui di kawasan hutan berbatu di atas bukit bersebelahan rumah pekerja kuari.


Foto: Bomba

Menurutnya, kanak-kanak itu ditemui dalam keadaan cergas meskipun sendirian selama kira-kira 23 jam.

"Mangsa tidak mengalami kecederaan, cuma calar-calar sedikit di beberapa bahagian badannya dipercayai terkena batu atau ranting.

"Keadaannya pun baik, malah kelihatan cergas walaupun hilang dalam tempoh agak lama tanpa makan dan minum," katanya.

Bomba menerima maklumat kehilangan kanak-kanak itu selepas menerima panggilan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lundu pada jam 4.05 petang semalam.

Kanak-kanak itu disedari hilang ketika dia sedang bermain di luar pondok di belakang rumah pekerja kuari itu tengah hari semalam.

Ketika kejadian, mangsa dikatakan mengikut ibunya ke pondok itu kerana menunggu bapanya balik kerja.

Menyedari kehilangan kanak-kanak itu, ibu serta bapanya dengan bantuan beberapa pekerja berusaha mencarinya di sekitar kawasan kuari itu.

Selepas mereka gagal mencari mangsa, laporan dibuat di Balai Polis Lundu sebelum operasi SAR diaktifkan lapan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu dengan bantuan polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta pekerja kuari.

Bagaimanapun, sehingga jam 5.50 petang semalam, mangsa masih gagal dikesan dan operasi SAR ditangguhkan.

Operasi yang disambung hari ini turut disertai anjing pengesan Unit K9 JBPM Sarawak bernama Daisy dan radius pencarian diperluas sehingga tiga kilometer keliling di kawasan hutan, kebun kelapa sawit serta dusun durian, sebelum kanak-kanak itu ditemukan selamat. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 16-2-2023 03:36 PM
Alhamdulillah......nangis apak dia
Quote prettyuglybabe 16-2-2023 04:45 PM
good job daisy..
lepas ni jaga la anak tu elok-elok..
jangan dibiar melepa tanpa pengawasan..
mujur jumpa dalam keadaan selamat..
next time mungkin tak bernasib baik lagi..
Quote husie91 16-2-2023 05:42 PM
Kenapa iols baca mcm 2 tahun hilanh kat hutan? Aiyoo.. ni nanti mesti jd bahan smpai ke tua.. waktu kecik3 dulu hilang kt hutan [em:3:]
Quote ezacbee 16-2-2023 05:56 PM
Anak relax je.. Bapak yg sedih.

Mungkin anak dijaga kot. Tu yg nampak sihat.
Quote liyamariska 16-2-2023 07:30 PM
Nasib baik dpt jumpa budak ni....
Quote krustykrab 16-2-2023 07:40 PM
husie91 replied at 16-2-2023 05:42 PM
Kenapa iols baca mcm 2 tahun hilanh kat hutan? Aiyoo.. ni nanti mesti jd bahan smpai ke tua.. waktu  ...

Tukang buka cerita tak pandai menulis
Quote sailormars 16-2-2023 09:10 PM
alhamdulillah jumpa dan selamat
Quote Suchi 16-2-2023 09:33 PM
Budak ni tidur kat mana? Mmg jenis buas tak takut menda la nih atau pada pandangan budak kecil besar tu dunia ni nampak indah mcm alam fantasi? Jd dia rasa seronok je jalan2 sana sini tak rasa letih mahupun lapar.
Quote rosedemon 17-2-2023 10:57 AM
kena sorok lettewww
Quote Burong_Hantuk 17-2-2023 01:39 PM
Alhamdulillah dh jumpa
Quote shernazz 17-2-2023 01:48 PM
Mesti ayah dia tak sangka anaknya Masih elok gitu...mmg nanges la...huhu...
Quote mesmerize 17-2-2023 01:51 PM
anjing  pengesan yang jumpa kan? cekap betul anjing tu.. mesti dia diberi hidu baju budak tu yang belum basuh, pastu bomba bagi arahan pegi cari bau yang sama ni dalam hutan.. zupp sheols mencari n jumpa.
Quote myakayina 17-2-2023 03:25 PM
masih diberi peluang jumpa anak tu..jagalah elok2 lps ni..
Quote mat_arof 17-2-2023 03:28 PM
tahniah team K9 Sarawak..daisy...dan syukur alhamdulliah dah dijumpai kanak kanak tersebut ...nampak bapa dia menangis dapat jumpa anak dia..

pasukan K9 bomba mmg terbaik..tahniah Team K9 sarawak K9 daisy
Quote afie_m 17-2-2023 03:31 PM
alhamdullillah...jumpa dah..
Quote Noraniza_Iblis 17-2-2023 03:34 PM
risau ade yg ngikut balik..
yelaa dh dia aman2 je x nangis..
takut jd mcm cite MAMA tu...
Quote zuliana29 17-2-2023 03:50 PM
Syukur dh jumpa..
Quote Carcosa 17-2-2023 03:53 PM
Magis sekali.. Mana lah dia pegi ek..
Oh mak oiiii, lepas ni mata jgn kalih2 dah ya. Tambat anak tu dgn pandangan!
Quote any42 17-2-2023 04:00 PM
Alhamdulillah jmpa dlm keadaan sht & slamat adik ni. kesian lapar seharian xmkn

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 09:53 AM GMT+8 , Processed in 0.188233 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top