CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengurup Wang Warga Bangladesh Tak Mengaku Palsukan 10 Dokumen

16-2-2023 03:09 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 533| Komen: 2

Seorang pengurup wang warga Bangladesh mengaku tidak bersalah memalsukan dokumen untuk memperbaharui pasport, lapor Utusan.

Kazi Monir, 35, membuat pengakuan itu di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam hari ini selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam Bahasa Inggeris di hadapan Majistret Mohd. Harith Mohd. Mazlan.


Mengikut pertuduhan, dia didakwa memalsukan 10 dokumen di sebuah premis di Lorong Usahaniaga 1, Taman Usahaniaga, dalam daerah Seberang Perai Tengah, kira-kira pukul 7.30 malam, 8 Februari lalu dengan niat supaya dokumen palsu itu dapat digunakan bagi tujuan menipu.


PENGURUP wang warga Bangladesh, Kazi Monir, 35, (tengah) ketika dihadapkan di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, Pulau Pinang hari ini atas dakwaan memalsukan dokumen untuk memperbaharui pasport. - Foto: IQBAL HAMDAN

Antara dokumen tersebut termasuk satu laporan polis Seberang Jaya; resit; invois cukai dan invois MyEG Services Berhad (MyEG) dan resit rasmi Jabatan Imigresen.


Atas kesalahan itu, dia didakwa di bawah Seksyen 468 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, ketika prosiding berlangsung, Timbalan Pendakwa Raya, Nor Shakila Dahari meminta mahkamah tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh kerana menyifatkan kesalahan memalsukan dokumen itu sebagai serius.

Bagaimanapun, peguam, V. Pushpa mewalili tertuduh merayu anak guamnya diberikan jaminan dengan beberapa alasan termasuk telah tinggal di negara ini sejak 16 tahun lalu selain perlu menanggung ibu bapanya yang berada di Bangladesh.

Jelas Pushpa, isteri tertuduh yang juga berada di Bangladesh baru sahaja melahirkan cahaya mata sulung mereka semalam dan ini merupakan kesalahan pertama tertuduh.

Tertuduh kemudian dibenar ikat jamin sebanyak RM10,000 dengan dua penjamin warga tempatan selain perlu menyerahkan pasport serta melaporkan diri sebanyak dua minggu sekali di balai polis berhampiran sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan 22 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi tujuan serahan dokumen. – CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote apech 16-2-2023 03:52 PM
ala amenda la v pushpa ni....nak jadi talibarut ke kesian dkt org mcm ni,
Quote Zazama 16-2-2023 07:02 PM
16tahun dah tinggal di Malaysia bukan alasan untuk dinafikan tindakan ke atas pesalah. Berani buat, sila lah berani tanggung ya!

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 10:23 AM GMT+8 , Processed in 0.303410 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top