CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ini Rahsia Budak 9 Tahun ‘Speaking’ Macam Air, Siap Bersyarah Depan Usahawan!

16-2-2023 12:27 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5112| Komen: 71

Ramai warganet terpegun melihat kepetahan kanak-kanak berusia sembilan tahun lancar bertutur dalam Bahasa Inggeris.

Nonie Sarawanie, 42, ibu kepada Nur Ayeesha Azzaleea Mohamed Mukhriz memuat naik video anaknya itu menerima jemputan khas dari sebuah syarikat untuk memeriahkan Majlis Inspirasi Kerjaya Bersama Pelajar Sekolah Menengah Imtiaz di Terengganu untuk berkongsi pengalamannya sebagai pengguna kasut Medifeet.


"Kami menerima jemputan daripada pemilik syarikat tu sebab dia memang suka tengok keletah Zaza (panggilan Azzaleea) dan ingin berjumpa secara berdepan.

"Hadirin yang datang bukanlah calang-calang, kebanyakan semua ahli perniagaan hebat. Untuk sesi Zaza, dia dianggap sebagai tetamu undangan untuk selingan majlis selepas semua usahawan memberi ucapan.


Nonie berkongsi bagaimana anaknya begitu yakin berucap dalam Bahasa Inggeris di depan orang ramai.


"Zaza diberi masa 20 minit untuk bercakap. Pada mulanya saya bercadang nak bersama dengan Zaza untuk kongsikan pengalaman tetapi disebabkan saya tiada suara masa tu, dia bercakap seorang dan dia okay... akan cuba katanya," ujar Nonie kepada mStar.

Dek banyak videonya bertutur dalam Bahasa Inggeris menggunakan slanga Amerika dan British tular, Zaza diminta 'mengajar' dalam majlis tersebut.



"Lepas waktu subuh tu saya ambil masa sedikit untuk buat slaid menggunakan Power Point untuk Zaza bentangkan pasal kasut.

"Alhamdulillah dia dapat sampaikan dengan baik. Semua penonton terhibur dengan telatah dia seperti pensyarah. Respons hadirin masa Zaza memberi ucapan cukup membuatkan saya bangga.

"Mereka mungkin terkejut budak sembilan tahun berani bercakap di atas pentas dan boleh bangun untuk bertanya soalan seperti gaya seorang guru atau pensyarah," kata si ibu.

Dalam masa sama, Nonie berkongsi tip bagaimana anaknya dibentuk sehingga mempunyai tahap keyakinan tinggi dan petah berkata-kata di khalayak.



Kata Nonie yang juga seorang guru, dia menghantar Zaza ke sebuah kelas pengucapan awam di Taipan USJ, Selangor kerana suka bercakap sejak kecil.

"Apa yang saya selalu buat, saya akan suruh Zaza bercakap di hadapan, saya dan suami akan jadi penonton.

"Contohnya apabila selesai tonton cerita atau baca buku. saya akan minta dia ulas semula di hadapan kami.

"Dari situlah dia begitu berani tampil di khalayak. Itulah yang dia belajar tentang penguasaan pentas dan hadirin," jelas Nonie.

Seperti kanak-kanak lain, Zaza suka menonton video untuk belajar tatabahasa dan kosa kata bahasa Inggeris sebelum ia dipraktikkan.


Zaza pernah memenangi pertandingan bercerita Bahasa Melayu dan johan 'story telling' di sekolah.

"Saya juga terima banyak sangat komen positif mengatakan anak mereka juga terinspirasi belajar Bahasa Inggeris selepas melihat video Zaza.

"Walaupun Zaza dilihat menguasai Bahasa Inggeris, ramai anggap saya membiarkan dia tidak menguasai Bahasa Melayu. Alhamdulillah seperti dalam video yang saya kongsikan dalam TikTok, Zaza pernah memenangi pertandingan bercerita Bahasa Melayu dan johan acara 'story telling' di sekolah," ujar Nonie lagi. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Cokoro 16-2-2023 12:34 PM
Mmg suka bersyarah lh ni. Blh masuk debat nnti
Quote dua_chzy 16-2-2023 12:48 PM
Ntah la kakak2.

Ramai, sangat ramai budak2 hebat gini di luar sana.

Ntah betul ke idok si CariMal ni kemain ramai warganet terpegun bagai.
Quote ajinomotonosuga 16-2-2023 12:52 PM
Elehh skiping londong ..apa erannn

Ce cakap jawa!!! Sure sme lopong molot
Quote vanillaninja 16-2-2023 12:52 PM
dua_chzy replied at 16-2-2023 04:48 AM
Ntah la kakak2.

Ramai, sangat ramai budak2 hebat gini di luar sana.

Cuma makpak theyols tak main TikTok kot
Quote Highflyer19 16-2-2023 12:55 PM
Terer budak ni…klau berdebat dgn syed saddiq mau koyak tisu lps tu lari lompat pagar
Quote jejaka_hensem 16-2-2023 12:59 PM
Gambar last tu,muka dia tak selari dengan umur
Quote edayildiz 16-2-2023 01:29 PM
biasa jer tu..i ckp chinese xbnyi slange melayu lg hebat
Quote nolya 16-2-2023 01:42 PM
ajinomotonosuga replied at 16-2-2023 12:52 PM
Elehh skiping londong ..apa erannn

Ce cakap jawa!!! Sure sme lopong molot

Speaking london boleh di heret ke taraf global, speaking jowo setakat I'dsia je. Usahkn orang lain, orang M'sia pun melopong.
Quote prince_marhaen 16-2-2023 01:49 PM
Asal budak tu minat oklah...jangan mak pak yang push push sampai tahap macam tu sekali... tapi nampak gaya macam mak pak memang suka attention pun.. ekekekeke
Quote chikumanis 16-2-2023 01:52 PM
bijak ok dik, jangan lebih sngat, nanti hilang zaman kanak2...

btw, tahniah yea..acik kalau bagi speech pun, mungkin ketibas la juga
Quote saviour_09 16-2-2023 01:54 PM
anak sedara aku tadika lagi dah petah english hokeeyyy

penangan youtube

tapi bagus la dik

keep it up!
Quote SayaSayangMama 16-2-2023 01:58 PM
semua komen berbaur jeles pooodahhh
Quote eragon 16-2-2023 02:02 PM
dulu ada sorang, umur 7 tahun. aishah london. mana pergi dah.
Quote Kurex 16-2-2023 02:23 PM
Haritu keluar area taman botani perdana. Ada 1 family malayu ni lalu belakang iols. Sekali ada anak dorang cakap bahasa melayu, mak dia marah katanya jangan cakap bahasa melayu. Don't speak malay, speak english slang melayu pekat. Bagus kak kau terapkan bahasa english sebagai bahasa kedua. Tapi tak payah la tengking anak tu. Iols sendiri terkejut yach! Dekat sini kebanyakan mak pak budak nak anak pandai bukan utk masa depan anak, tapi utk menunjuk2 dekat masyarakat sana. Btw anak buah iols pandai english. Mantop English nya, tapi takde la sampai tak reti cakap melayu &  mak ayah dia melarang cakap Melayu.. seimbang chuols. Macam sorang forumer yg berilmu cakap buat apa pandai cakap english tapi yg keluar dari mulut cuma sampah.. gaytuhhhh
Quote sangbara2020 16-2-2023 02:24 PM
sok pandai2 keje obersea....bagus lah tu...
Quote green~tea 16-2-2023 02:27 PM
Kurex replied at 16-2-2023 02:23 PM
Haritu keluar area taman botani perdana. Ada 1 family malayu ni lalu belakang iols. Sekali ada anak  ...

Wow chuolz dah berserban aka keffiyeh...
Quote Simunggu 16-2-2023 02:50 PM
tak heranlah...anak mat seleh pun speaking mcm air baru umur 8 thn
Quote noor2 16-2-2023 02:56 PM
Wow...confidence level budak ni tinggi.....tak semua org mampu bercakap dgn yakin depan orang ramai....tambah2 umur dia 9 tahun...cara penyampaian dia nampak mcm orang dewasa...

Tahniah mak ayah...terbaik Adik...
Quote rospinki 16-2-2023 02:58 PM
dua_chzy replied at 16-2-2023 12:48 PM
Ntah la kakak2.

Ramai, sangat ramai budak2 hebat gini di luar sana.

aah kan..cakap semua org bole cuma malas je

Lihat semua komen(71)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-10-2024 03:41 AM GMT+8 , Processed in 0.102766 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top