CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Berang Telefon Bimbit Dirampas Sebab Asyik Main Game- Anak Kecil Serang, Ugut Bapa Dengan Pisau Daging

16-2-2023 11:54 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1125| Komen: 5

Seorang kanak-kanak lelaki bertindak di luar kawalan mengugut bapa kandungnya dengan pisau pemotong daging.

Punca kejadian adalah gara-gara dia berang telefon bimbit dirampas oleh bapa.


Newsnpr melaporkan, video kejadian tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya terkejut melihat aksi ganas kanak-kanak terbabit. 


Foto:SCMP

Difahamkan si bapa melarang anaknya itu bermain permainan video pada telefon bimbit sebelum bertindak merampas peranti terbabit.

Kanak-kanak terbabit mula mengamuk dan mengacukan pisau ke arah bapanya. 

Menerusi rakaman, kedengaran kanak-kanak terbabit menjerit dan meminta bapanya memulangkan semula telefon bimbit tersebut.

Kejadian tersebut berlaku pada 10 Februari lalu di wilayah Guangxi. 

Video tersebut kemudian tular di laman Weibo dan mendapat tontonan lebih tujuh juta kali. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Highflyer19 16-2-2023 12:21 PM
Only in china…meanwhile in Malaysia depa probok sebab tak blh pakai seluar katok
Quote KamikuP 16-2-2023 04:45 PM
Only in China Mainland yaaach
Quote rosedemon 17-2-2023 10:55 AM
anak derhakaaa
Quote Burong_Hantuk 17-2-2023 01:42 PM
Report jer polis....kurang ajar punya budak
Quote vanillaninja 17-2-2023 02:01 PM
China rupanya. No wonder.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-10-2024 07:15 AM GMT+8 , Processed in 0.029890 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top