CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penduduk Gempar Air Longkang Tiba-Tiba Berubah Jadi Hitam Pekat, Berbau Busuk!

16-2-2023 11:01 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 872| Komen: 2

BENTONG – Lebih 1,500 penduduk Kampung Chegar Medang di sini, dan kawasan sekitar gempar apabila air longkang di kampung yang terletak berhampiran kawasan perindustrian bertukar hitam secara tiba-tiba.


Kejadian kira-kira pukul 5.45 petang kelmarin itu menimbulkan keresahan dalam kalangan penduduk yang bimbang air berkenaan tercemar dan membahayakan kesihatan mereka serta merosakkan hidupan ­sungai.

ir longkang konkrit yang mengalir deras ke Sungai Benus me­lalui Kampung Chegar Medang itu berwarna hitam dan keadaan tersebut telah berlarutan sehingga semalam.


Foto: Kosmp

Seorang penduduk Azlin Ahmad, 51, berkata, dia yang sedang memotong rumput di belakang rumahnya terkejut melihat air yang pada mulanya jernih selepas hujan tiba-tiba menjadi hitam.

“Air itu bukan sahaja berwarna hitam, malah berbau busuk dan menganggu kehidupan ­harian penduduk.


“Kejadian ini bukan kali pertama berlaku, sudah tidak terkira penduduk menyaksikan kejadian seperti ini dan saya berharap pihak berkuasa dapat menyiasat dan mengambil tindakan segera,” katanya di sini semalam.

Azlin mendakwa, sudah banyak kali kejadian ini berlaku sehingga menimbulkan persoalan dalam kalangan penduduk mengenai puncanya.

Dakwanya, kebiasaannya air bertukar hitam berlaku pada malam minggu, namun berbeza pada kali ini.

Penduduk lain, Aini Jamin, 45, berkata, dia bimbang keselamatan anak-anaknya kerana ditakuti air berkenaan mempunyai bahan kimia berbahaya yang boleh bertindak balas seterusnya menjejaskan kesihatan penduduk.

Sementara itu, Ahli Majlis Perbandaran Bentong, Datuk Jasvir Singh Ram Singh meminta pihak berkuasa melakukan siasatan bagi mengenal pasti punca ­kejadian.

Katanya, ujian terhadap sampel air juga perlu dilakukan serta tindakan tegas sekiranya didapati mana-mana pihak termasuk industri yang melepaskan air buangan yang tidak dibenarkan. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 16-2-2023 11:30 AM



Quote rosedemon 17-2-2023 10:55 AM
ko samankan aje kilang tu

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-10-2024 11:19 AM GMT+8 , Processed in 0.034798 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top