CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Serik Campak Sampah Merata-Rata- Hari Ini Dikompaun, Esok Buang Lagi

16-2-2023 10:56 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 915| Komen: 13

IPOH – Kurangnya kesedaran sivik dalam kalangan masyarakat selain terlalu mementingkan diri menjadi punca berlakunya pembuangan sampah haram sehingga menganggu kehidupan penduduk di beberapa buah daerah di negeri ini.


Menurut perkongsian di laman web Majlis Perbandaran Manjung (MPM) dan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI), masalah itu timbul biarpun tapak pembuangan sampah telah disediakan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi penduduk sekitar.

Menurut kenyataan MPTI menerusi Facebook, pihaknya telah melaksanakan kutipan sampah di kawasan-kawasan terlibat susulan daripada isu yang timbul sekali pun ada beberapa lokasi berada di luar kawasan operasi.


Foto: Kosmo

Difahamkan, antara kawasan yang terlibat dengan isu pembuangan sampah haram ialah di Kampung Pasir Bedamar, Kampung Muhibbah, Taman Teluk Intan dan Taman Desa Bakti.

Dalam pada itu, MPM menjelaskan, tindakan kompaun telah dikenakan terhadap pihak yang bertanggungjawab, namun mereka tetap degil dan membuang sampah secara haram.


“Hari ini (semalam), MPM dapat tangkap dan kompaun kutu sampah, namun tak ada kesan. Esok buang lagi. Kesedaran sivik dan tanggungjawab yang tak ada dalam diri manusia pun salah PBT ke?” soalnya dalam hantaran tersebut.

Rata-rata orang ramai berpandangan, sikap pengotor dengan membuang sampah merata-rata bukan sahaja menyusahkan orang lain, malah menunjukkan perilaku sebenar pihak tidak bertanggungjawab tersebut.

Menurut Muhamad Zulhusni Sulaiman, 27, orang ramai perlu berusaha mencari tempat pembuangan sampah biarpun tapak itu terletak agak jauh dari kediaman mereka.

“Saya faham mungkin orang ramai tidak sanggup untuk memandu jauh dari kediaman untuk membuang sampah, namun perbuatan sedemikian (membuang sampah merata-rata) tetap salah.

“Jika mereka tidak mahu rumah berbau busuk akibat daripada sampah oleh orang lain, mereka sewajarnya membuang sisa domestik dihasilkan ke tempat sepatutnya,” katanya.

Bagi Mohd. Hamdan Mutalib, 44, pula, tindakan lebih tegas berbanding kompaun perlu dikenakan terhadap pihak tidak bertanggungjawab kerana ia dilihat seakan-akan gagal mengekang perbuatan tersebut.

“Jika PBT sendiri akui kompaun pun tak mampu nak halang perbuatan tak bertanggungjawab itu, lebih baik penjarakan sahaja mereka.

“Mungkin dengan cara itu mereka akan mula berfikir terlebih dahulu sebelum sewenang-wenangnya membuang sampah di merata-rata tempat,” katanya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 16-2-2023 11:24 AM
sejenis x ada moral jer buat keje2 bodo mcm ni
Quote rikiruj 16-2-2023 11:34 AM
Kompaun / saman takkan solve problem in the long run.  Lebih baik sediakan tempat pembuangan supaya depa boleh buang kat situ.  Kalau depa boleh angkut sampah tu buang kat tepi tu, rasanya takde masaalah kot depa pi buang kat designated place.  Aku pun kadang2 tension bila ada barang besar nak buang tapi lori sampah regular tak ambik ambik barang tu.. yes ada perkhidmatan yg ambik sampah2 mcm tu selang 3-4 minggu sekali… sakit mata gak tengok benda tu depan rumah sementara nak tunggu.  Aku tak kesah pun nak angkut dan pergi buang sendiri tapi masaalahnya tau kat mana nak hantar/buang..
Quote cikatilia 16-2-2023 12:04 PM
kalau dah nama pemalas mcm tu la.. provide tong sampah besar pon dia pi tonggeng trus dari bakul kecik dia.... dlm tu la berjejer dgn taik ikan pamers sisa semua... dasar...
Quote HabukBesi 16-2-2023 12:27 PM
bila mentaliti pon tahap sama mcm sampah ni kalau duduk banglo lagi la
Quote tripleid 16-2-2023 12:43 PM
ni semua bpunca drpd kegagalan sistem pendidikan yg gagal melahirkan insan madani..
Quote ajinomotonosuga 16-2-2023 01:05 PM
Pi laaa kabo Ostad ostazah yg Salu ceramah tuuu..pi kabo mupti Kaa jabatan agama Suh buat kutbah bab Gini..Suh menteri masuk tv n marah marah rakyat Suh pekaaaa kebersihan..buang dalam tong sampah'...bnyk lagi idea bleh buat

Nk arap apaaaaa society yg berakkkk pun tak reti flush..aku pi jamban klinik pun sedih..klinik tuuu MCM 24 jam banjirrr dgn paip kotor nya eeeiiiii orang media MMG mental..pakai lawo tapi perangai MCM orang gila..tgk je konon selebriti tu SME

Diva gemok n alif Syukri pondan tu kan molek buat video education Ajo orang buang sampah dlm tong or tmpt sampah..pahala dapat..berpanjangan lagi sebab kasi ilmu kesedaran

Society ni MCM lembuuuu..sekawan lembu..depa ikut sekoq yg di anggap ketua..herd mentality

So knew bijak Ler nk educate BARBARIAN mcm orang mesia SME tu ok

Nilai BERSIH tu cuba di komersil cuba di beri tunjuk ke untungkan nya..cuba di beri kempen kemestiannnnn bersih etc

Basuh tangan Salu tak ke germ..buang sampah tempat sampah so sekitar bersih bau sedap ermmmmmmskkk ada bunga banyak so wongiii ermmskkkkk...ari ari kne kempen gitu ..

Tapi MMG susah malah immmpossible sebab mesia dah jadi tempat PEMBUANGAN PATI
Quote ajinomotonosuga 16-2-2023 01:15 PM
rikiruj replied at 16-2-2023 11:34 AM
Kompaun / saman takkan solve problem in the long run.  Lebih baik sediakan tempat pembuangan supaya  ...

Majlis kne aktif kuat tp tau tau je Ler keje gomen...mengular tu rukun keje depa ahahaha

Berjuta mesian sejak dulu pi overc study n tengok cara hidup orang dah maju ESP bab kebersihan

Balik Malaya baik profesional or bukan otakkkk kembali kecut n tertutup..ikut stail lokal

Tu yg aku perhati..piiiiii la mana pun balik tetap main lumpoq gak kalo dah otak kerbau....Malaysian

Kalo kasi idea bukan nk pakai .di cantas lagi ada

Tokleh tgk orang bawah cerdik..kalo tak di kipas jgn arap naik pangkat

Anjakan paradigma individu yg di beri amanah keje tu ..ini yg pertama kene ubah

Kene ada penilaian..self valuation..pastu forward thinking ..bab tambah nilai

Prosper Thy Neighbour..beri untung orang lain beri khidmat terbaik..bila orang suka baru depa dengo cakap..diplomasi tiptop..persuasive...loving but firm

Iniii 10 kaunter bukak 2 ahahaha bodoh sungguh..pastu bising marah orang buang sampah merata adehhhhh
Quote ajinomotonosuga 16-2-2023 01:32 PM
tripleid replied at 16-2-2023 12:43 PM
ni semua bpunca drpd kegagalan sistem pendidikan yg gagal melahirkan insan madani..

Insan mama daddy n Izzah...MADANI  haaaaahaha

Mnaaaa la nk letak muke

Kalo insan tu ada maruah..tau malu..sure dah harakiri

Semua begins at home lah bongok..sistem pendidikan MNA satu? Sekolah jenis kebangsaan kew sekolah agama ke sekolah international' ke ahahaha bodoh

Sekolah pun MCM reban ayam

Kemajuan fisikali takdak iringan kemajuan mentaliti

Tgk Singaporean..first world..maju tapi masuk mesia buang sampah keluo tingkap bila jejalan mesia ..why?

Educated..kaya..majuuu..tapi sebeno nya bodoh n pengotor

Tengukk orang asli..buta urup tak sekolah..cawat je..takdak peti ais tapi hidup tenang .bersih..takdak pemmmmmBAZIRAN..sampah SME tu satu  pembaziran!!!

Kalo DI FIKIR KAN..yg di katakan sampah itu mula kat OTAK MANUSIA..taiiikkkkk ko berak pun bleh buat baja..so apa sampah??

Kulit bawang kulit buahan apaaaaa saja sure ada hikmah

Dalilnya takdakkkkkk satuuuu pun tuhan cipta itu sia siaaaa

Kalo manusia yg cipta MMG baaaaaanyak sia sia..contoh plastik...pondan gay hiburan sampah SME tu ciptaan manusia..syaitan manusia ahahaha

Everything begins in MIND

ada oang tgk cawan isinya air separuh..dia kata penuhhh separuh

Ada tgk cawan tu n cakap..dah nak abisssss..tinggal separuh jek

U ppl pikir lagu mana!

Quote Shazid 16-2-2023 01:50 PM
Area aku apartment pulak...parking kete tepi jalan terus campak sampah kat tepi atau bawah pokok dgn harapan pekerja alam flora kutip...Die ingat pekerja alam flora tu hari2 sapu sampah kt situ...bodoh dan pengotor!!! Konek atau tetek ko tu x kn jadi besor punko campak sampah merata2...dasar beruk punya perangai...
Quote airmineral 16-2-2023 02:15 PM
elok hukum potong tangan je terus
kalau buat lagi, potong kepala pulak
Quote Highflyer19 16-2-2023 02:37 PM
Ingat lrt ingat loke ingat sampah ingat kor ming...masalah yg sama berulang2 tak ada penyelesaian...rakyat sentiasa memerhati
Quote tripleid 16-2-2023 03:23 PM
ajinomotonosuga replied at 16-2-2023 01:32 PM
Insan mama daddy n Izzah...MADANI  haaaaahaha

Mnaaaa la nk letak muke

hg melalut apo nih aji??

dah makan ubat ka blom??
Quote rosedemon 17-2-2023 10:54 AM
cam boodo mmg byk tpi2 jalan

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-10-2024 01:34 PM GMT+8 , Processed in 0.040595 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top