CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Terselamat Selepas Terperangkap 2 Minggu Dalam Gua Pada 2018, Remaja Thailand Temui Ajal Di UK

16-2-2023 10:50 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2434| Komen: 20

Duangpetch Promthep, salah seorang daripada 12 budak lelaki yang diselamatkan dari sebuah gua di Thailand pada 2018, telah meninggal dunia di United Kingdom (UK).

Pada Ahad, remaja berusia 17 tahun itu ditemukan tidak sedarkan diri di asramanya di Leicestershire sebelum dia dibawa ke hospital dan meninggal dunia pada Selasa, lapor BBC.


Promthep dibawa dengan ambulans ke Hospital Besar Kettering pada petang Ahad, kata jurucakap Perkhidmatan Ambulans East Midlands.


Foto: Getty

Sebuah ambulans udara turut dihantar ke tempat kejadian.

Punca kematian masih belum dikenal pasti, namun polis berkata mereka tidak mengesan sebarang elemen mencurigakan.

Bagaimanapun, laporan dari Thailand menyebut remaja itu mengalami kecederaan pada bahagian kepala.

Promthep telah mendaftar di sebuah akademi bola sepak di UK sejak akhir tahun lalu.


Untuk rekod, remaja itu merupakan kapten pasukan bola sepak lelaki Thailand yang terperangkap di dalam Gua Tham Luang selama lebih dua minggu semasa meneroka wilayah Chiang Rai.

Dia menjadi perhatian dunia selepas tular foto memaparkan dirinya sedang tersenyum ketika diselamatkan dalam tragedi di gua itu. -CARI

Sumber: mStar/ BBC

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 16-2-2023 11:11 AM
Dah hilang salah sorang manusia yg helok.. hmmmm sebak
Quote kelip2_07 16-2-2023 11:12 AM
mcm mane blh cedera?kena buli ke ape
Quote Myhappyending 16-2-2023 11:18 AM
Baik nampak budak nya kalo dah ajal tetaplah mati jugak
Quote Burong_Hantuk 16-2-2023 11:21 AM
rest in peace....
Quote asamfish 16-2-2023 11:22 AM
mungkin pendarahan otak?  dia jatuh kat mana2 prior to this dan dia cuma rasa pening2 tp tak treated?  mcm yang terjadi kepada Liam Neeson's late wife tu.
Quote cmf_PariS 16-2-2023 11:35 AM
aduiiii dh ajal... kesian pula... takut lambat rawat... punca...
Quote mejaputih 16-2-2023 11:40 AM
coach dorg pun dh meninggal kan...dh ajal...
Quote nuralisa 16-2-2023 11:42 AM
mejaputih replied at 16-2-2023 11:40 AM
coach dorg pun dh meninggal kan...dh ajal...

ye ke ...  knp?
Quote lifeline 16-2-2023 11:43 AM
mejaputih replied at 16-2-2023 11:40 AM
coach dorg pun dh meninggal kan...dh ajal...

coach ke atau pelakon yang bawak watak coach tu yg meninggal kan?
tarikh yg sama ke?
Quote mejaputih 16-2-2023 11:55 AM
lifeline replied at 16-2-2023 11:43 AM
coach ke atau pelakon yang bawak watak coach tu yg meninggal kan?
tarikh yg sama ke?

ala sorry rupanya yg bawa watak rupanya...salah baca news ari tu...
Quote mejaputih 16-2-2023 11:56 AM

sorry2 slh baca..bukan the real coach..tp yg berlakon jd coach dlm dokumentary...
Quote Shazid 16-2-2023 01:44 PM
Takziah...mati tak kita umur dan tempat...terperangkat lama dalam gua tapi belum ajal..takdirnya mati ditempat yang selesa.
Quote kepompong 16-2-2023 01:52 PM
Baru je tengok cerita tu tahun lepas. Lepas tengok citer tu anak2 ajak pegi gua tempurung
Quote Decaffeinated 16-2-2023 02:15 PM
nak tengok movie dia pun aku tak sanggup

Quote toynme 16-2-2023 02:38 PM
mejaputih replied at 16-2-2023 11:40 AM
coach dorg pun dh meninggal kan...dh ajal...

takla...itu yang pelakon jadi coach tu...
Quote Simunggu 16-2-2023 02:41 PM
sonang sonang ja mereka belajar pg oberse...
Quote Noraniza_Iblis 16-2-2023 02:42 PM
die xdpt lesen dari kapla lg la kot
Quote sangbara2020 16-2-2023 03:00 PM
ajal mati tu dh ditentukheun
Quote Orangelily 17-2-2023 12:10 PM
Noraniza_Iblis replied at 16-2-2023 06:42 AM
die xdpt lesen dari kapla lg la kot

penangan high council kudrat sampai kat sini ek

btw RIP utk mendiang

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-10-2024 03:29 PM GMT+8 , Processed in 0.119405 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top