CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kantin Sekolah Rosak Sejak 2016- "Mungkin Sebab Tak Ada Anak VIP, Kementerian Pendidikan Buat 'Donno' Je"

16-2-2023 10:46 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1835| Komen: 30

MARAN: “Mungkin kerana penduduk kampung kami ini tiada anak orang kenamaan, jadi, pihak berkenaan buat endah tak endah sahaja, jika ada mungkin ia akan segera dibina’.

Demikian kata Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) (RKTP) Kampung Awah, Zulyazan Mat Saman kepada Utusan Malaysia berhubung isu kantin rosak dan tidak selamat digunakan yang berlaku di sekolah itu sejak 2016.


Beliau berkata, kerajaan menerusi Kementerian Pendidikan sepatutnya segera meluluskan peruntukan bagi membina kantin baharu di sekolah itu jika benar-benar prihatin dengan nasib 230 murid di situ yang terpaksa makan di lokasi ‘bersepah-sepah’ termasuk di tepi longkang dan lereng bukit kerana kantin di sekolah itu rosak teruk serta tidak boleh digunakan sejak tujuh tahun lalu.


Foto: Utusan Online

Ini kerana katanya, kos membina kantin baharu itu bukan RM3 bilion tetapi sekitar RM450,000 berdasarkan penilaian terkini oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).


“Saya berasa kelakar apabila Kementerian Pendidikan memaklumkan bahawa pihaknya begitu prihatin dan cakna dengan nasib murid di SK (RKTP) Kampung Awah.

“Untuk pengetahuan Menteri Pendidikan, isu ini bukan baharu tetapi sejak 2016. Lebih tujuh tahun murid tiada tempat selesa untuk makan, begitu juga tempat masak buat pengusaha kantin.

“Ayat diberikan, kelulusan projek membina kantin sekolah ini tertakluk kepada pembenta­ngan Bajet 2023 pada 24 Februari ini. Bagaimana jika ia tidak dimasukkan dalam Bajet 2023? Berapa lama lagi murid perlu menunggu?,” katanya.

“Tunggu kantin di tapak lama runtuh baru hendak dibina? Jika diluluskan pun dalam bajet, ia pastinya mengambil masa lama dua ke tiga tahun sebelum dibina,” katanya di sini.

Isnin lalu, Kementerian Pendidikan mengesahkan bahawa kantin di SK (RKTP) Kampung Awah akan dibaik pulih dan sudah pun disenaraikan dalam projek daif kementerian.

Kementerian itu menerusi kenyataan akhbar berkata, kantin rosak itu sudah termasuk dalam senarai 74 projek daif yang diperakukan untuk Rolling Plan ke-3 (RP3) tahun ini.

Menurut kementerian terbabit, kelulusan projek berkenaan tertakluk kepada pembentangan Bajet 2023 pada 24 Februari ini.

Sebelum ini, Utusan Malaysia pada 10 Februari lalu melaporkan isu kerosakan kantin sekolah itu yang menyebabkan 230 orang murid terpaksa makan merata-rata termasuk di tepi longkang.

Ada antara mereka makan dalam kelas, di laluan pejalan kaki dan juga bawah khemah yang dipasang pihak sekolah bagi menampung ruang makan murid-murid di situ.
Jika hujan, murid tiada pilihan dan terpaksa makan di bawah khemah disediakan walaupun berlecak.

Bagi 25 guru dan tujuh kakitangan kumpulan sokongan.-CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote vanillaninja 16-2-2023 10:51 AM
RKTP tu stand for apa ya? Kesian betul dah 7 tahun takde kantin
Quote mizruncing 16-2-2023 10:56 AM
kesiannyaaa
Quote kelip2_07 16-2-2023 10:59 AM
aikk lamanye 2016 tu..ke pihak yg bertggunghjwb mls nk buat aduan
Quote husie91 16-2-2023 11:09 AM
Aiyooo kebodohan apa ni.. 7 tahun takde tempat makan budak2 ni?? Cikgu2 takkan tak bising? Guru besar?? Lama tu 7 tahun, bdk batch drjh 1 masa kantin ni rosak sampai dh habis darjah tk siap3 kantinnya.. maran tu bukanlah ulu sgt pon smpai tk boleh nak repair.. iols tkleh brain kenapa sampai 7 tahun tkde tindakan? Cikgu3 tahan plak tengok kantin tkde bdk2 bersepah2 makan??
Quote Nnasda53 16-2-2023 11:15 AM
Dah 7thn keadaan mcm ni.
Ni betul2 menunggu di suap betul2 ke mulut.
Quote Burong_Hantuk 16-2-2023 11:20 AM
double standard
Quote rikiruj 16-2-2023 11:21 AM
Aku rasa dah berbuih mulut & melecet jari pohak sekolah tulis surat ke PPD / Jabatan / Kementerian tapi kalau balik2 jawapan takde peruntukan nak buat apa lagi.  Nak mintak PIBG, ni sekolah kampung.. kalau sekolah Damansara nun bole la harap sumbangan parents.  Sekarang cara terbaik adalah viral kan.. baru panas bontot yg bertanggungjawab tu.. yb, ppd, jabatan, kementerian, kpp sampai ke menteri..
Quote Bihungoreng 16-2-2023 12:03 PM
mintak sumbangan dgn pejabat menteri ke, ngo2 ke, adun2 ke... usohler diharapkan ppd jabatan... surat berpuluh keping nganto pon xdo tindakan... selagi atap kantin tu xhempap pale budak2 sekolah...selagi xde org turun padang.. memang kena amik inisiatif minta sumbangan..
Quote Abahmung 16-2-2023 12:10 PM
Radzi Jidin taknak komen ke??
Quote green~tea 16-2-2023 12:21 PM
PIBG & guru2 kena active kot.. companies byk je sponsor skolah & kitorg claim balik as CSR kat tax....


Mcm aku lah, active juga PIBG skolah anak & bg sumbangan kat skolah lain sekitar tu.. benda boleh claim tax exemption kan.. tak susah pun..

Yang penting... MINTAK... jangan le segan... companies pun tatau korang perlu bantuan ke apa.. yang penting semua benda receipted
Quote HabukBesi 16-2-2023 12:22 PM
nak suruh murid bijok, yang nak uruskan murid tak bijok mcm mana... kantin pun tak setel setel
Quote Suchi 16-2-2023 12:29 PM
vanillaninja replied at 16-2-2023 10:51 AM
RKTP tu stand for apa ya? Kesian betul dah 7 tahun takde kantin

kalau felda selalu di sebut LKTP yg maksudnya Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan
So RKTP ni pun maybe lebih kurang kot R tu maybe maksud Rancangan ke apa tak pasti.
Kg Awah ni bkn felda kan?
Quote Clan204 16-2-2023 12:34 PM
pada gua yg patut disalahkan adalah pengerusi pibg dan cikgu2 sekolah tu... tarak guna sesen pun. lepas 7 tahun baru nak menyalak
Quote zuliana29 16-2-2023 12:38 PM
sekolah kampung kadang ada yg keciciran hal2 kebajikan pelajar mcm ni huhu..
Quote vanillaninja 16-2-2023 12:49 PM
Suchi replied at 16-2-2023 04:29 AM
kalau felda selalu di sebut LKTP yg maksudnya Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan
So RKTP ni pun ma ...

Rasanya Kg Awah ni Felda. Tapi tu I palatao je tu
Quote tobobon 16-2-2023 01:20 PM
green~tea replied at 16-2-2023 12:21 PM
PIBG & guru2 kena active kot.. companies byk je sponsor skolah & kitorg claim balik as CSR kat tax.. ...

susah chuols...dah pibg sendiri claim depa sekolah kampung...nak bagi idea mcm ni susah kot...tak terfikir di kepala otak depa...paling senang report jer PPD minta peruntukan....itu jer yang depa tau sejak zaman P.ramlee lagi
Quote VespaSilbe 16-2-2023 01:32 PM
Siannya.. lama sgt
Org atas watpe.. tengah makan ayam kepak ke bak kut teh
Quote alesandra 16-2-2023 01:39 PM
2016 tu termasuk menteri  zaman najib.yg ko rasa kelakar menteri  baru x sampai 3 bulan cakna psl kantin sekolah ko tu
kenapa?dah priority kementerian skrg nak baiki sekolah2 .dulu asyik menyakau je kann
Quote mejaputih 16-2-2023 01:43 PM
rikiruj replied at 16-2-2023 11:21 AM
Aku rasa dah berbuih mulut & melecet jari pohak sekolah tulis surat ke PPD / Jabatan / Kementerian t ...

Iols pun rasa mcm tu...
Before ni kawan iols penah mengajar kat sekolah di jerantut...jumlah guru lg ramai dari pelajar..so nk harapkan duit pbg mmg idok ler...

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-10-2024 05:18 PM GMT+8 , Processed in 0.053888 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top