Sungai Petani: Nor Hafiqah Rosli ditakdirkan bertemu semula kucing kesayangannya, Oyen selepas tiga bulan terpisah. Dia yang sering menangis sejak kehilangan kucing jantannya itu bersyukur menemuinya semula
di Pasar Awam Tikam Batu, di sini yang tidak jauh dari rumahnya pada Khamis minggu lalu. "Ketika itu, saya dalam perjalanan ke tempat kerja di Pulau Pinang dan ternampak seekor kucing seperti Oyen. "Saya perhatikan kucing lain berebut ikan tetapi Oyen tengok saja. "Kebetulan, Oyen tidak makan ikan mentah dan ketika itu, terdetik di hati saya yang kucing dilihat adalah Oyen. "Cuma, saya tidak dapat berhenti dan turun daripada kereta ketika itu kerana perlu segera ke tempat kerja jadi simpan niat datang semula dengan berharap Oyen masih ada," katanya. Mengenangkan Oyen, Nor Hafiqah datang semula ke pasar awam berkenaan dua hari kemudian untuk mengenal pasti sama ada ia adalah kucing peliharaannya atau sebaliknya. "Sampai di situ, saya dekat dengan Oyen dan cuba panggil namanya namun tiada respon malah dia tidak mengiau seperti selalu. "Saya cuba tengok betul-betul mukanya dan sah, memang Oyen cuma keadaannya tidak seperti dulu iaitu tiada kuku, kuku pecah, badan luka, mata kanan hampir buta juga selesema. "Memang sedih melihatnya malah ketika pertama kali nampak dia di pasar lagi saya sudah menangis. Tanpa berlengah, saya terus bawa pulang ke rumah dan keluarga pun yakin itu Oyen," katanya. Menurut Nor Hafiqah, dia bersyukur kerana jumpa semula Oyen yang dipelihara sejak kecil iaitu hampir enam tahun lalu bersama seekor lagi kucing betina diberi nama Gemok. Katanya, dia kerana sudah puas dan merata tempat di sekitar rumah serta berhampiran dia pergi untuk mencari Oyen namun tidak ditemui. "Ketika hilang, ramai cakap kucing saya itu sudah tiada tetapi naluri saya mengatakan Oyen masih hidup cuma tidak tahu di mana. "Oleh kerana itu, saya teruskan mencari malah puas sudah saya pusing satu kampung, masuk ke hutan dan pergi rumah jiran untuk cari Oyen tetapi tak jumpa. "Setiap hari juga saya menangis kerana fikirkan Oyen namun hanya mampu berdoa supaya Oyen selamat tetapi akhirnya dapat jumpa ibarat jodoh saya masih panjang dengannya," katanya. Nor Hafiqah berkata, perkongsian video di TikTok dibuat sekadar untuk menyimpan memori berjumpa semula dengan Oyen. "Selain jadikan kenangan, ia juga bertujuan memberi motivasi kepada mereka yang hilang haiwan peliharaan supaya tidak putus asa untuk mencari. "Alhamdulillah, penerimaan di TikTok amat baik malah ramai beri kata semangat kepada saya di ruangan komen," katanya. -CARI Sumber: Harian Metro
|
Samerosie replied at 16-2-2023 03:35 AM
Pengalaman iols yg pernah bela kucin yg banyak, berani cakap itu bukan kucin dia. Kucing ni kau ca ...
Samerosie replied at 16-2-2023 11:35 AM
Pengalaman iols yg pernah bela kucin yg banyak, berani cakap itu bukan kucin dia. Kucing ni kau ca ...
_blackbird replied at 16-2-2023 11:45 AM
kucing iols dulu pon pernah hilang tak balik 2 weeks rupanya dia menyorok kat rumah member abg iol ...
becir replied at 16-2-2023 01:12 PM
Kucing akak I elok lari membawa diri duduk depan pintu mymydin yg about 200m from her house nakkan ...
Samerosie replied at 16-2-2023 07:08 AM
Mesti tak mau balik tu .. ada awaks tak pun cowoks kat rumah tu yg dia minat.
_blackbird replied at 16-2-2023 05:57 PM
dia tersesat rasa kena kejar anjing agaknya. kalau happy tunggu pakwe mesti laju makan minum kat r ...
Samerosie replied at 16-2-2023 03:35 AM
Pengalaman iols yg pernah bela kucin yg banyak, berani cakap itu bukan kucin dia. Kucing ni kau ca ...
Kurex replied at 16-2-2023 11:09 AM
Jiran kau yg buang tu sis. Kucing iols pun iols tak bagi keluar sgt melainkan iols ada bersama. Alha ...
ADVERTISEMENT