CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Abang Polis Tertidur Sambil Berdiri Masa Jaga Trafik Di Tengah Jalan Raya Di Kuching

16-2-2023 10:01 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3936| Komen: 53

Tular sebuah rakaman memaparkan seorang anggota trafik yang mengantuk ketika sedang bertugas di tengah jalan raya.

Dalam video itu, anggota berkenaan kelihatan terhuyung-hayang ketika berdiri di atas jalan raya, sekali gus menimbulkan kerisauan orang ramai.




"Takut ada masalah jantung, kadang-kadang tanpa sedar kita boleh tertidur.

"Kesian weh. Penat sangat tu. Terima kasih abang polis.

"Saya rasa dia penat. Kadang-kadang ada masalah kesihatan juga," tulis beberapa netizen.



Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah mengesahkan kejadian tersebut berlaku di Bulatan Uplands, Kuching pada Jumaat lalu.


"Pada 13 Februari dikesan satu rakaman video berdurasi 14 saat yang tular dimuat naik di laman Facebook yang memaparkan seorang anggota trafik kelihatan mengantuk ketika menjalankan tugas.

"Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching mengesahkan bahawa kejadian tersebut berlaku pada 10 Februari 2023 di Bulatan Uplands, Kuching dan melibatkan penugasan kawalan penarikan kesesakan lalu lintas.

"Pejabat ini akan meneliti keadaan kesihatan petugas berkenaan berkaitan untuk tindakan lanjut," ujarnya menerusi satu kenyataan. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 16-2-2023 10:04 AM
erghhhhhhhh
cenggitu nye perut
fit ke


Quote prettyuglybabe 16-2-2023 10:32 AM
tengok perut pun dah tau tahap kesihatan tu macam mana..
Quote FOTHER-MUCKER 16-2-2023 10:36 AM
Hantar lah yang kurus sikit untuk buat kerja tu.
Quote helicornia 16-2-2023 11:04 AM
mudahnye tido
sambil berdiri pun boley..
Quote kelip2_07 16-2-2023 11:08 AM
klu tentera xblh boroi mcm nie kn?dgr2 cite kena trunkn bdn
Quote zorrro_03 16-2-2023 11:11 AM
ini polis ke kucing?  asal boleh je kau ye...  
Quote wirazam 16-2-2023 11:22 AM
Mohon polis ni exercise yeee..kuruskan sikit buncit tuh
Quote Burong_Hantuk 16-2-2023 11:28 AM
aku x sampai hati nk kecam...kerja dorang pun boleh tahan mencabar
Quote Highflyer19 16-2-2023 11:28 AM
Mcm sakit nampak...and its not a joke
Quote ninja boy 16-2-2023 11:32 AM
perut masuk kuali boleh dpt minyak 50kg
Quote isseliparjepun 16-2-2023 01:05 PM
Marilah sama sama jaga kesihatan. Bukan nak kata penyakit tak kira gemuk kurus, tapi sekurang kurangnya kita nak mudah beribadah, jaga penampilan.  
Quote plywood 16-2-2023 01:18 PM
barangkali ada fatty liver. boroi biasanya ada...

Overview

Nonalcoholic fatty liver disease (NAFLD) is an umbrella term for a range of liver conditions affecting people who drink little to no alcohol. As the name implies, the main characteristic of NAFLD is too much fat stored in liver cells.

NAFLD is increasingly common around the world, especially in Western nations. In the United States, it is the most common form of chronic liver disease, affecting about one-quarter of the population.

Some individuals with NAFLD can develop nonalcoholic steatohepatitis (NASH), an aggressive form of fatty liver disease, which is marked by liver inflammation and may progress to advanced scarring (cirrhosis) and liver failure. This damage is similar to the damage caused by heavy alcohol use.

Symptoms

NAFLD usually causes no signs and symptoms. When it does, they may include:

    Fatigue
    Pain or discomfort in the upper right abdomen

Possible signs and symptoms of NASH and advanced scarring (cirrhosis) include:

    Abdominal swelling (ascites)
    Enlarged blood vessels just beneath the skin's surface
    Enlarged spleen
    Red palms
    Yellowing of the skin and eyes (jaundice)



When to see a doctor

Make an appointment with your doctor if you have persistent signs and symptoms that cause you concern.
Quote kepompong 16-2-2023 01:25 PM
Highflyer19 replied at 16-2-2023 11:28 AM
Mcm sakit nampak...and its not a joke

ye . mungkin microsleep atau narcolepsy
Quote hanihan16 16-2-2023 01:45 PM
i ada kawan badan besar, memang sgt mudah terlelap ye dia. tengah tgu lampu hijau kat traffic light pun dia terlelap. selalu pesan2 kat dia alert masa drive. tengah sembang2 pun dia boleh doze off
Quote dekmieDandy 16-2-2023 02:35 PM
kat KL ni best cuci mata tengok abam trafik ni

banyak yang muda-muda, baru habes pulapol kot
Quote sangbara2020 16-2-2023 03:04 PM
nape kau xkejutkan...horn kekuat...kang kena rempuh sesia jek
Quote domestobot 16-2-2023 03:05 PM
aik perut penuh tenaga camtu pun boleh microsleep berdiri? nampak sangat lemah.
Quote tikusmontok 16-2-2023 04:22 PM
Kesiannya, exercise la chik. Kena tindakan apa la agaknya
Quote Firenzza 16-2-2023 04:51 PM
Biasanya pulis yg lagu ni garang2, klau buat report mau kna jerkah

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-10-2024 11:24 PM GMT+8 , Processed in 0.048697 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top