CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Giliran Jerung Panas Buntut Disiasat SPRM

16-2-2023 09:29 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1322| Komen: 9

Tahun 2023 menyaksikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak agresif menyiasat kes-kes berprofil tinggi.

Baru-baru ini, akhbar melaporkan seorang bekas Menteri Kewangan sedang disiasat suruhanjaya itu berhubung simpanan harta berbilion ringgit di luar negara. Antara kes besar lain yang mendapat perhatian adalah berhubung pembekuan akaun sebuah parti politik atas dakwaan menerima ratusan juta ringgit dipercayai dana politik.


Siasatan kes melibatkan jerung bukan sesuatu yang luar biasa kerana ada jerung yang lebih besar pernah disiasat SPRM.


Gambar: Google

Sebelum ini, siasatan SPRM dilihat terarah kepada kes penyelewengan peruntukan dana dan perolehan kerajaan yang dilihat dilakukan secara besar-besaran di seluruh negara.

Ia termasuk insentif Penjana Kerjaya yang diambil kesempatan oleh pihak majikan atau pemilik syarikat untuk menipu dan membuat tuntutan palsu.


Jumlah tersebut bukan sedikit, malah ada yang membuat tuntutan palsu melebihi RM1 juta kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) seperti yang dilaporkan media kelmarin.

Inisiatif itu diberikan kerajaan untuk membantu merangsang ekonomi negara melalui pengambilan pekerja dan program berbentuk latihan.

Jumlah peruntukan yang disalurkan juga banyak iaitu RM3.5 bilion, namun apabila ada majikan yang ‘rakus’ tamak haloba mereka mengambil kesempatan terhadap insentif yang ditawarkan dengan menipu dan membuat tuntutan palsu.

Tindakan SPRM tersebut adalah senada dengan hasrat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu memerangi rasuah lebih-lebih lagi yang berskala besar sejak beliau dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10 pada November tahun lalu.

Perkara itu sentiasa ditekankan Anwar dalam kebanyakan ucapan beliau. Langkah tersebut tidak lain tidak bukan adalah untuk menyelamatkan wang rakyat.

Kata Anwar, kes-kes kecil dengan penangkapan ‘ikan bilis’ tidak akan membantu kerana rasuah sudah menjadi menjadi wabak.

Kalau dahulu terlalu banyak masa dan tenaga tertumpu untuk menangkap ikan-ikan bilis, kini jerung juga tidak akan terlepas.

Malah, sejarah pernah membuktikan kedudukan ‘jerung’ juga tidak selama-lamanya selamat. Masanya akan tiba, sama ada cepat atau lambat. Pelanduk mungkin lupa jerat, tetapi jerat tidak pernah lupa pelanduk. Sesiapa sahaja yang terlibat dalam jenayah kolar putih tidak akan terlepas.

Namun, hukuman penjara yang dijatuhkan ke atas pemimpin sebelum ini nampaknya belum membuka mata masyarakat untuk menilai kesan dan akibat daripada amalan rasuah.

Hukuman penjara itu seolah-olah tidak memberi pengajaran kepada pemimpin lain. Sepatutnya isu pemimpin disiasat tidak sepatutnya berlaku.

Bagaimanapun ramai yang terlupa bahawa orang tamak selalu rugi. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akusukaq 16-2-2023 10:02 AM
Jangan hangat hangat taik ayam sudah...rakyat maukan keadilan dan pembelaan,  bila lagi?.Takkan nak tunggu sampai pru 16 plk
Quote Burong_Hantuk 16-2-2023 11:27 AM
good luck yerr
Quote green~tea 17-2-2023 09:09 AM
Edited by green~tea at 17-2-2023 09:13 AM

Muahahahhahahahaha KUDOSSSS to SPRM!!!!


Nak tambah perencahhhh sket neh...
My exSIL yang pernah memaki i tak cukup tanah and provoke suruh cerai dulu, back in 2012-2017.. termakan sumpah ke apa i tatau lahhh.. tp yang pasti deme sekeluarga dah menyorok masuk GUA....


Husband ex-ceo sheols tu telahpun didapati bersalah di mahkamah tinggi dan kalah di mahkamah rayuan bagi kes pecah amanah melibatkan projek bernilai RM112 juta ringgit.. dan disebabkan kes itu, kerajaan negeri XXXX diperintah membayar gantirugi kepada singapore RM85 juta

Pada masa sama... husband sheols diperintah bayar balik RM1.7 juta yang heols SONGLAP direct utk kegunaan personal dari company tu...

Denda mahkamah & penjara berapa bulan iols belum dpt baca lagi... so far that politician selamat.... tp ex biras i tak selamat... bakalan penjara tak lama lg....

Mesti exSIL iols masuk gua sbb berita pasal laki dia di tepek merata2 newspage skang ni.. sblm ni tak viral sgt walau keputusan mahkamah rayuan dah kuar lama dah


No wonder laaa betina tu kena jual rumah2 kat kemensah height, bukit tunku & kemaman  
Nak lunas bayor denda mahkamah rupa nyehhhhhhh
Quote pp_gurl 17-2-2023 09:12 AM
green~tea replied at 17-2-2023 09:09 AM
Muahahahhahahahaha KUDOSSSS to SPRM!!!!

ni project HSR tu ke..
Quote green~tea 17-2-2023 09:12 AM
Harap jangan lepas laaa mamat yg ada 87 kes pecah amanah tu plak yeee
Quote green~tea 17-2-2023 09:13 AM
Edited by green~tea at 17-2-2023 10:19 AM
pp_gurl replied at 17-2-2023 09:12 AM
ni project HSR tu ke..


Takkkk.. project dredging...


Ohhh lupa tambah... heols juga ada 2 lagi kes pecah amanah and penyonglapan sedang berjalan perbicaraan neh...


Aku harap family dia baca la forum neh.... orang ramai tahu dah ni tau.. jangan korang buat2 bodoh tatau plakkk... harap sorok muka pakai beg kertas laa uolzzz


even kertas perbicaraan kalah mahkamah tinggi putrajaya & mahkamah rayuan pun ada yang beli report tu and upload kat website.. yang aku tak dpt tengok adalah kertas perintah bersih mahkamah tu je...
Quote ifanonline 17-2-2023 09:17 AM
harap rasuah ni di perangi habis-habisan...anggap la holy war...semacam holy war dgn dadah
Quote green~tea 17-2-2023 10:20 AM
Dulu orang2 politik dan berkaitan politik rasa deme kebal....


Now no more...  
Quote rosedemon 17-2-2023 10:51 AM
hayoookkk tatayokkk

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-10-2024 01:23 AM GMT+8 , Processed in 0.106219 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top