Farisha Iris sebelum ini tak mengaku ada hubungan istimewa dengan Niezam Zaidi. Namun kali ini dia dilihat semakin terbuka berkongsi kemesraan di media sosial. DI ikTok, Farisha atau nama sebenar Farisha Asmadi memuat naik video Niezam memberikannya sekuntum bunga ros merah ketika mereka berdua berada di dalam sebuah kereta.
Niezam yang mengetahui aksinya sedang dirakam dilihat tersipu malu dan sempat berjenaka dengan penyanyi lagu Alasan Terindah itu. "Eh, tak perlulah rakam, malulah dekat orang. Bunga tu tanam supaya nanti ia tumbuh banyak boleh jual balik. "Ingat apa, ini ROI, return of investment (pulangan pelaburan)," kata Niezam. Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat seakan 'merestui' hubungan pasangan selebriti ini. Malah, ada yang mengharapkan agar mereka benar-benar menjalinkan hubungan cinta dan berakhir sebagai pasangan suami isteri. "Ada nampak video Niezam cakap tengah kenal hati budi, kalau tak salah la. Tapi kalau dengan yang ni, saya lepaskan crush saya. Hehe love! "Dah la saya kecewa, tapi saya merelakan. "Suka tengok hubungan korang. Semoga kekal eh sampai ke jenjang pelamin dan sampai syurga tau," tulis netizen.
|
ADVERTISEMENT