CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penunjung Tertipu, Ingatkan Sayur Dari Cameron Highlands Rupanya Import

16-2-2023 09:14 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4141| Komen: 53

CAMERON HIGHLANDS – Setiap kali ke Cameron Highlands pastinya pengunjung tidak akan melepaskan peluang untuk membeli pelbagai sayur-sayuran selain buah strawberi.

Namun tidak ramai me­nyedari sayur-sayuran ­berkenaan sebahagiannya diimport dari kawasan sekitar serta luar negara dan bukannya tanaman asli daripada tanah tinggi itu.


Seorang pengunjung, Mohd. Akmal Sidek, 37, berkata, dia dan keluarganya dari Baling, Kedah teruja membeli sayur-sayuran di lokasi pelancongan popular tersebut, namun hampa apabila mengetahui penipuan itu.


Foto: kosmo

“Antara sayuran kami beli kubis bulat, bayam dan sawi tetapi kemudian dimaklumkan bahawa ia diimport dari tempat lain.

“Sebelum ini memang tak tahu tetapi sekarang saya akan lebih berhati-hati. Menyesal tetapi apa boleh buat, barang sudah beli. Lain kali kami akan lebih berhati-hati sebelum melakukan pembelian,” katanya.


Mohd. Akmal berkata, tidak salah untuk peniaga menjual sa­yur import tetapi seharusnya penjual berkenaan maklumkan kepada pelanggan.

Munirah Mohd. Razali, 41, dari Sungai Besar, Selangor, berkata, dia mendapat tahu mengenai sayur-sayuran import itu dari media sosial dan terkejut apabila peniaga di Cameron Highlands mengesahkan perkara itu.

“Sebagai contoh, jagung. Ramai yang membelinya tetapi hakikatnya ia bukan produk tempatan,” jelasnya.

Mohd. Isa Mohd. Yusri, 55, berkata, ada dalam kalangan rakan-rakannya cukup teruja membeli sayur-sayuran dari Cameron Highlands kerana dikatakan kualitinya begitu baik.

“Selepas mendapat tahu ia diimport, ada daripada mereka yang kecewa dan membatalkan niat untuk membeli sayur. Cukup­lah sekadar ke sini untuk bercuti bersama keluarga.

“Jika benar sayur ini diimport, baik beli dari tempat tinggal masing-masing sahaja. Tiada guna beli sayur di sini jika di luar pun ia dijual juga,” ujarnya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 16-2-2023 09:49 AM
Jagung TU beli je kat chepor TU hah
Ladang jagung sebeso2 kat area situ..
Iols slalu beli kat situ je...naseb batik dpt yang manis
Quote doubleA 16-2-2023 09:50 AM
Serius la camana nak tau import ke CH? Kena tanya ke, kang ada yg nipu jugak
Quote BeskotCekelat 16-2-2023 09:54 AM
Elok haramkan je tanaman sayur kat cameron tu. Dah habis jahanam bukit kena tarah untuk buat kebun secara haram dan halal.
Quote Weller 16-2-2023 09:54 AM
teringat pekebun CH musnahkan sayur yang tak dapat jual time awal2 pkp dulu......
Quote HoneyManjer 16-2-2023 09:59 AM
beli jer kat pasor....
beli kat atas tu tara nak sampai umah dah layu kan sayo mayor tu seme....
Quote supernaturalee 16-2-2023 10:01 AM
geram betul beli sayur kt pekan ape yg pagi2 tu
sampai rumah bkk2
sekali bnyk keluar ulat warna hitam yg pnjg2 tu
geli terus buang dlm tong sampah jek




Quote Rajawali 16-2-2023 12:36 PM
shernazz replied at 16-2-2023 09:49 AM
Jagung TU beli je kat chepor TU hah
Ladang jagung sebeso2 kat area situ..
Iols slalu beli kat situ j ...

jagung chepor tu la yang bawak naik ke cameron...aku tau la sbb aku dok Meru
Quote vanillaninja 16-2-2023 01:08 PM
Gigih ye beli sayur2 bagai atas tu. Pergi bercuti beli strawberry celup coklat dah la.
Quote ilacantik 16-2-2023 01:15 PM
Sayur cameron semua dah kena export ke Singapore. Nak2 tomato, kalau nak makan sayur cameron Highland, meh la ke singapore ni. Boleh lah makan chap chay International, carrot dari aussie, tomato dari cameron, broccoli dari China.
Quote ultra78 16-2-2023 01:18 PM
Sama ada dari lojing atau thailand. Actually banyak sayur yang orang ingat dari cameron sebenarnya datang dari lojing,kelantan
Quote limesherbet 16-2-2023 01:20 PM
Edited by limesherbet at 16-2-2023 01:22 PM

Sayur cameron guna banyak pesticides...i elakkan. Tapi situ kawan i cerita bila dia beli sayur memang seller kata ambik dari bawah or tempat lain.....so why pay more for the same vege
Quote vanilla_vell 16-2-2023 01:27 PM
Rajawali replied at 16-2-2023 12:36 PM
jagung chepor tu la yang bawak naik ke cameron...aku tau la sbb aku dok Meru

Lagi satu hasil dari tok bali kelantan, banyak buat jual di CH
Madu yang jual tepi² jalan pun banyaknya palsu
Quote jfq 16-2-2023 01:43 PM
Meme bukan locally produced
Aku pernah tny kat penjual bab jagung tu dia pun kata dari luar.
Yg macam buah oren dgn buah warna ijau yg dah kena sira gula tu pun most probably dari thailand
Quote Shazid 16-2-2023 01:55 PM
Lama x pi CH. Klu pi x prnh pun beli sayur...jjcm je dgn petik stroberi...
Quote selani 16-2-2023 02:14 PM
Kebun2 sayur kat sana sampai ke puncak bukit ada yg sampai nak cecah sempadan Perak.
Kat Ringlet kebun2 dekat betul dgn jalan masa tu hadap jem time hujan lebat. Esok nak balik lepas hujan dah reda seriuslah buruk betul pemandangan, sampah sarap berterabur atas bukit, tiang2 kebun bersepah.
Tengok pun pening.
Quote AcikBuncit 16-2-2023 02:15 PM
G cameron cri stoberi jela kak oi.. Yg len tu mart dpn umah pn byk nohhh. Even sweet potato tu pn bkn dr cmeron pn. Pjual sndiri bgtau.. Asal sedap dah lah
Quote Noraniza_Iblis 16-2-2023 02:27 PM
shernazz replied at 16-2-2023 09:49 AM
Jagung TU beli je kat chepor TU hah
Ladang jagung sebeso2 kat area situ..
Iols slalu beli kat situ j ...

ade ke ladang jagung area Chepor?
setahu aku kt jalan nk ke bota tu..
selalu org jual jagung murah, sbb ade ladang besar situ
Quote rogayahtop 16-2-2023 02:40 PM
pekeeja2 kat ladang CH ni semua abang la. jgn harap la nak organic [em:3:].

kat tiktok ramai buat kebun sendiri, compost sendiri. dekat kundasang tu pun seronok tgk kebun sayur diorang cantik kemas je.

jauh beza dgn kebun2 kat CH tu
Quote prettyuglybabe 16-2-2023 05:26 PM
kalau beli pun sayur yang jarang jumpa kat bawah..
macam potato kecik-kecik tu..
yang lain beli supermarket kat rumah sudah..
sama je harganya..

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-10-2024 03:31 AM GMT+8 , Processed in 0.087422 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top