Seorang pelanggan meluahkan rasa hampa apabila dia membeli popia goreng berintikan angin (kosong). Video yang dikongsi oleh @sanusi_rashid Di TikTok itu menunjukkan bungkusan kulit popia dibuka perlahan-lahan dan cukup mengejutkan apabila di bahagian dalamnya boleh dikatakan hampir tiada inti.
"Orang jual (penjual) nak pergi Makkah balik hari. Popia kerepek sahaja. Zalim orang jual sekarang," tulisnya pada ruangan kapsyen. Menerusi video itu, jelas kelihatan makanan itu nampak bersaiz besar kerana dibalut dengan kulit popia yang tebal. Difahamkan popia itu berharga RM1 sebiji dan di dalamnya hanya mempunyai dua urat tauge.
"Kayalah penjual. Seringgit satu batang ni. Kerepek (kulit popia) sahaja seringgit. Sayur dua urat sahaja. Zalimlah penjual," katanya. Melihat kepada popia yang dijual, peniaganya seolah-olah hendak mengaut untung lebih dengan menjual hidangan yang tidak masuk akal. Peniaga tersebut juga dikatakan telah melanggar 'hukum' resepi popia goreng yang sepatutnya mempunyai inti mencukupi . Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen menganggap penjual seperti ini tidak ikhlas dalam berniaga. "Sabar abang. Nak buat macam mana. Ramai yang berniaga macam ni sekarang. Jenis yang berniaga tak nak keberkatan. "Lepas ni tak pergi beli dah la. Kalau lalu mungkin akan jeling sekali tuan kedai dan siap geleng kepala. Kalau sayalah," demikian antara komen netizen. Ada juga netizen yang berkongsi pernah berdepan pengalaman sama seperti pengguna TikTok berkenaan. "Anak saya pun terkena macam ni juga abang. Seringgit sebiji. Rasa terkejut juga. Buat aniaya orang macam ni. "Saya pernah terkena juga macam ni. Sekali kena tak beli dah lepas tu. "Sekarang nak cari popia ada tauge pun susah. Banyak sayur kobis dengan lobak merah sahaja," kongsi beberapa netizen. -CARI Sumber: mStar Online
|
rospinki replied at 16-2-2023 09:58 AM
ni biasanya yg menege gini org luar/indon. bagi diorg inilah masanya kita tekan kaw2 org malaysia yg ...
limesherbet replied at 16-2-2023 10:15 AM
Melayu pun sama sis. Haritu i beli goreng pisang bijan melayu....niece i nak rasa wantan goreng yg ...
Noraniza_Iblis replied at 16-2-2023 01:56 PM
sori oot, knape kalau org jual harga mahal ke ape..
kene kaitkan dgn pegi mekah/haji blk hari?
kenot ...
ADVERTISEMENT