Rafizi Ramli menyifatkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) umpama mengambil ‘panadol’. "Masalah mungkin selesai pada usia 30 hingga 40 tahun, tetapi sebenarnya ia seperti menggali ‘lubang’ pada usia 50, 55 dan 60 tahun," kata Menteri Ekonomi itu.
Katanya pada sidang media hari ini yang dipetik dari Kosmo! Online, kerajaan boleh menjadi popular dengan membenarkan pengeluaran KWSP, namun kesan sampingannya akan menjadi kesan penjang kepada pencarum dan ekonomi negara. “Setakat ini, itu pandangan saya, Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) yang juga Menteri Kewangan. Kecuali kita ada data baharu dan keadaan yang baharu. Itu pendirian kita sekarang. “Tanggungjawab kerajaan adalah memastikan bahawa rakyat ada jaringan keselamatan sosial yang baik. Malah, kita sedia maklum, pada masa akan datang kos kesihatan dan kos sara hidup akan meningkat,” katanya.
Sebaliknya, lebih baik kerajaan membangunkan dasar berbentuk makro yang membantu dari segi kenaikan gaji pekerja dan menangani kos sara hidup. - CARI
|
Samerosie replied at 15-2-2023 07:21 PM
First taim dengar panadol, selalu org ckp sticking plaster or band aid solution.
mojarean_X replied at 15-2-2023 08:00 PM
Betul ke kalo masak daging lps tu letak panadol, daging tu jd empuk?
rogayahtop replied at 16-2-2023 02:47 PM
kalau dah rumah tertunggak berbulan2, takda income, nak refinance pun kena gelak dgn officer bank.
...
ADVERTISEMENT