Kementerian Kesihatan digesa untuk meneliti semula projek rintis penggunaan ubat PrEP (Pre-Exposure Prophylaxis) dalam kalangan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
Perkara itu dibahaskan Ahmad Yahaya (PN-Pokok Sena) semasa Perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Yang di-Pertuan Agong di Parlimen hari ini. “Implikasi tindakan kementerian sangat besar khususnya terhadap perkembangan golongan ini dalam negara. Saya harap kerajaan teliti semula projek ini. Bukan kerana saya tolak prinsip kementerian menyelamatkan golongan berisiko kepada HIV, tetapi ini memerlukan pendekatan menyeluruh. “Kementerian juga wajar mengambil pandangan dari sudut agama dan moral secara bersama dalam menangani isu ini. Sinergi bersama Jakim dan majlis fatwa negeri harus berunding bersama bagi mengelakkan implikasi semakin parah,” katanya.
Menurut Utusan, beliau turut menyarankan statistik semasa setiap golongan LGBT dan punca budaya songsang itu terus menular dalam negara dikemukakan. - CARI
|
takkizawa replied at 15-2-2023 07:05 PM
Iolss rasa politician bongok ni kena stop being hypocrite. Nowadays dunia ni kecik. Semua kat hp. Mm ...
takkizawa replied at 15-2-2023 07:05 PM
Iolss rasa politician bongok ni kena stop being hypocrite. Nowadays dunia ni kecik. Semua kat hp. Mm ...
ADVERTISEMENT