Syafizawati Sharif atau nama mesranya Cikgu Shafi memuji persembahan 'terbalik' Naim Daniel pada malam Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37), Ahad lalu. Guru vokal itu berkata, penyanyi berkenaan yang membawa lagu Mainan berani dan mempunyai semangat tinggi kerana baginya, bukan mudah untuk menyanyi dalam situasi demikian. “Naim suka cuba benda baharu untuk diri dia dan mungkin menyanyi terbalik sebegitu kerana dia sendiri yang mahu. “Mungkin dari segi audio dia tak mahu buat banyak improvise, jadi dari segi visual dia beri seni yang berat kepada penonton.
“Jadi audio akan dengar tapi penonton tak berapa fokus sebab mata kita sedang susah hati kepada dia,” katanya kepada mstar. |
ADVERTISEMENT