CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Tak Sedar, Budak Dua Tahun Hilang Semasa Bermain Di Belakang Rumah

15-2-2023 05:50 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1378| Komen: 8

SEMATAN – Seorang kanak-kanak lelaki hilang ketika sedang bermain sementara menunggu bapanya balik kerja di Kuari Batu Perigi, di sini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata dalam kejadian yang dilaporkan kira-kira pukul 4.05 petang tadi, kanak-kanak berusia dua tahun itu sedang bersama ibunya.



Foto: Kosmo

“Mangsa disedari hilang oleh ibunya semasa sedang menunggu ayahnya pulang dari kerja di pondok Kuari Batu Perigi.

“Mangsa kali terakhir dilihat oleh ibunya sedang bermain di luar kawasan pondok belakang rumah kongsi kuari berkenaan.

“Setelah menyedari mangsa tiada bersebelahan, ibu mangsa terus memanggil serta bergegas mencarinya dengan bantuan suami dan beberapa pekerja lain di sekitar kawasan berkenaan namun masih gagal dijumpai,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Susulan itu, katanya operasi mencari dan menyelamat (SAR) segera digerakkan oleh pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu dengan kerjasama polis, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan pekerja Kuari Batu Perigi.


Operasi SAR dilakukan di sekitar belakang rumah serta kawasan kuari dalam radius dalam 1 kilometer sehingga ke kawasan ladang kelapa sawit. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Adrif 15-2-2023 07:22 PM
ya Allah, 2 tahun. baby lagi

semoga dipermudahkan segala urusan, dan ditemukan dengan selamat  
Quote any42 15-2-2023 07:28 PM
Aduhai. semoga sgera dpt jumpa dgn slmat. dua tahun kecik sgt lg mrayau tjatuh mna2 lubang x ??
Quote noor2 15-2-2023 07:31 PM
Peliknya mak dia....mcm mana boleh lalai jaga anak umur 2 tahun....
Quote Burong_Hantuk 15-2-2023 08:25 PM
Moga dipermudahkn urusan
Quote kawaiichicken 15-2-2023 08:30 PM
noor2 replied at 15-2-2023 07:31 PM
Peliknya mak dia....mcm mana boleh lalai jaga anak umur 2 tahun....

cik chicken tak kaitkan pasal isu nih
tapi banyak makbapak sekarang tangan melekat kat phone...
kadang2 perhati jee anak2 panggil makbapak diorang sahut smbil tengok phone...
sian anak2 sekarang kurang kasih sayang
Quote menjad 15-2-2023 08:33 PM
Jangan2 tangan mak berjahit ngan Telefon xsedor anak merayau. Nmpk cam belukar jer tuhhhhhhhhh. Moga Selamat lah hendak nya.
Quote noor2 15-2-2023 08:39 PM
kawaiichicken replied at 15-2-2023 08:30 PM
cik chicken tak kaitkan pasal isu nih
tapi banyak makbapak sekarang tangan melekat kat phone...
ka ...

Akak mcm nk setuju 100% dgn cik chicken....dulu masa akak ada anak umur gini...berak dlm tandas pun akak bukak tandas luas2 ...suruh anak main dekat tandas...walau dlm rumah... selagi x hilang dari pandangan lirikan mata...akak puas hati walau berak x puas
Quote rosedemon 16-2-2023 08:23 AM
jatuh la tu kat mana2

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-10-2024 05:15 PM GMT+8 , Processed in 0.045835 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top